Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RiDE: Selangor Tawar Subsidi Lesen untuk Anak Muda Jadi Penunggang e-Hailing
Auto Terkini

RiDE: Selangor Tawar Subsidi Lesen untuk Anak Muda Jadi Penunggang e-Hailing

AryonBy Aryon22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM2 juta untuk program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) untuk membantu golongan belia, terutama kelompok miskin bandar meningkatkan ekonomi diri dengan menjadi penunggang e-hailing terlatih.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program di bawah Majlis Sukan Negeri itu mensasarkan manfaat kepada hampir 3,000 belia berumur 17 hingga 30 tahun untuk mendapatkan lesen motosikal kategori B2 dengan menyediakan subsidi RM350 setiap individu.

BACA >>> #SembangDeras: Boleh Jadi Macam Tokyo, Kenapa Pilih Gojek untuk Jadi Jakarta?

Beliau berkata dalam majlis pelancarana RiDE di Shah Alam, semalam;

“Sektor e-hailing dilihat menjadi trend khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dan ramai anak muda menyertainya.

“Disebabkan itu, Kerajaan Negeri menyantuni golongan muda khususnya yang ‘terperangkap’ dengan miskin bandar memanfaatkan program ini sebagai batu loncatan supaya mereka dapat keluar daripada cengkaman kemiskinan.”

Amirudin berkata, selain menawarkan lesen motosikal, program RiDE juga menyediakan latihan supaya peserta dapat menjadi penunggang e-hailing terlatih dan memenuhi kriteria dikehendaki syarikat pengendali terlibat.

Katanya, permohonan menyertai program RiDE akan dibuka bermula 1 Ogos ini. Inisiatif itu dijangka melahirkan penunggang e-hailing terlatih menjelang hujung tahun ini yang secara langsung membantu meningkatkan ekonomi golongan belia miskin bandar.

Golongan belia yang berminat menyertai program RiDE boleh layari laman web www.msnselangor.gov.my untuk maklumat mengenai syarat kelayakan.

BACA >>> #Videotomotif: Penunggang, Pembonceng GrabBike Berdekah Ketawa Kerana Wajah Sama

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Seri Amirudin Shari e-Hailing Food Panda Grab Food Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) Kerajaan Selangor Penunggang e-Hailing Selangor
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.