Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: Yamaha ZR120 dan RR120, Kapcai 90-an Sado dengan Frem Deltabox!
Roda2

#RetroAuto: Yamaha ZR120 dan RR120, Kapcai 90-an Sado dengan Frem Deltabox!

ZYBy ZY16/03/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Y15ZR dan Yamaha FZ150i, dua motosikal di bawah pengeluar sama dengan gaya berbeza. Satu raja kapcai yang jadi kegilaan ramai. Satu lagi pula streetbike sesaran rendah popular dan mesra bajet, khas buat mereka yang baru mula berjinak dalam dunia motosikal tangki depan.

Walaupun menampilkan gaya berbeza, ramai sedia maklum kedua-dua jentera itu berkongsi nadi 4-lejang silinder tunggal 150cc yang 99 peratus sama, cuma sedikit perbezaan pada talaan, praktik biasa dalam dunia permotoran yang mana komponen seperti enjin akan cuba dipelbagaikan penggunaan. Misalnya, enjin sportbike dimasukkan kepada kapcai, atau enjin scrambler dipinjamkan kepada sportbike.

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti Laku Keras

Tetapi jentera kapcai yang mahu kami tonjolkan kali ini berkongsi komponen agak unik, tetapi tidak pula berkongsi enjin. Model ini berkongsi frem yang kebiasaannya eksklusif untuk jentera sportbike!

LAIN DARIPADA LAIN

Dikeluarkan Thai Yamaha Motor pada 1989, khusus untuk pasaran negara jiran itu, Yamaha ZR120 dan variasi kowl bawah RR120 muncul lain daripada lain berbanding kapcai pesaing sezamannya apabila dipadankan dengan frem aluminium Deltabox, iaitu kerangka prestasi tinggi yang turut digunakan banyak jentera sport Yamaha era itu seperti TZR125 dan TZR250 termasuk TZM150.

Diperbuat daripada aluminium ringan dan pada masa sama mempunyai binaan kukuh dan kuat, aplikasi frem Deltabox pada ZR120/RR120 memberikan potensi pengendalian yang tidak mudah ditandingi mana-mana kapcai pada masa itu. Apatah lagi melihat rekabentuk yang besar dan ‘sado’. Sesiapa pun boleh rasa gerun mahu mencabarnya.

Tidak sekadar penampilan dan prestasi pengendalian cemerlang, enjin 119cc silinder tunggal dua lejang itu juga berkuasa. Berkeupayaan mencapai 19.2hp pada 8,500rpm, kuasa enjin disalurkan kepada roda belakang melalui kotak transmisi 6-kelajuan. Jentera ini jauh lebih hebat jika mahu dibandingkan kapcai 2 lejang moden Yamaha 125Z yang sekadar mampu mencapai 17hp pada 8,000rpm!

Bagaimanapun, hayat model ini tidak lama apabila ditamatkan pengeluaran pada 1995 kerana kurang mendapat sambutan, sekali gus melenyapkan penggunaan frem tersebut pada jentera Yamaha berkapasiti rendah.

Hingga ke hari ini, kecuali sportbike sesaran rendah 4-lejang pertama Yamaha, YZF-R15, termasuk jentera naked dan praktikal, FZ150i yang dilancarkan pada 2008, frem Deltabox tidak lagi digunakan pada motosikal prestasi tinggi pada awal zaman moden masa kini seperti Y15ZR dan YZF-R25.

BACA >>> Yamaha R25 Baharu (2019) vs Lama (2014), Mana Satu Lebih Laju?

Pasti lebih sporty jika kedua-dua jentera sport, Y15ZR dan R25 dipadankan frem tersebut. Tetapi, apakah halangannya? Bincangkan dalam ruangan komen di bawah ini. 😉

SPESIFIKASI

YAMAHA ZR120/RR120

PENGELUAR: Thai Yamaha Motor Co.Ltd
MODEL: ZR120
TAHUN: 1989-1995
ENJIN: 2-lejang 119cc penyejukan cecair
LEJANG x GEREK: 54 x 52 mm
SISTEM BAHAN API: Karburator Mikuni VM24
NISBAH MAMPATAN: 6,9 : 1
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM: 19.2hp @ 8,500 RPM
TORK MAKSIMUM: 16.1Nm @ 8,000 RPM
BERAT KERING:100kg
KAPASITI TANGKI: 5 liter
FREM: Aluminium Deltabox
SUSPENSI: Teleskopik (depan); Absorber kembar (belakang)
BREK: Cakera, kaliper 2-piston (depan); Dram (belakang)
RODA: 70/80 R16 (depan); 80/90 R17 belakang

GALERI
deltabox hyper moped Retro Auto roda2 Yamaha yamaha rr120 yamaha tzm150 yamaha tzr125 yamaha zr120
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

2 Comments

  1. Wak on 17/11/2017 11:23

    Pembuatan delta box lebih rumit dari frame yg sedia ada.

    kesannya Kos pembuatan frame akan meningkat dan berkadar terus dengan harga jualan motor yg sekarang ini telah mencecah MYR9000 yz15r

    takkan nak jual moto cub lebih 10K tidak salah cuma buat apa berbelanja lebih.

    Reply
  2. Syam on 13/12/2017 11:50

    Moped 150 Modenas nanti guna frame Trellis…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.