Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI ialah antara jenama paling digilai peminat motosikal berkuasa besar, dan boleh dianggap sebagai Ferrari dunia motosikal.

Sejak debut, jenama Itali itu masih setia mengekalkan identiti dan signatur rekabentuk berakar umbi daripada negara asalnya berbanding jenama lain yang cuba memenuhi cita rasa global. Ia konservatif, dan enggan mengikut trend semasa, tetapi gaya itulah disukai peminat motosikal serata dunia.

Ketika pengeluar Eropah terpaksa tunduk kepada dominasi jentera-jentera Jepun yang agresif, laju dan moden, tinggallah Ducati yang kekal melawan. Ducati boleh dikatakan benteng Eropah terakhir dalam dunia motosikal yang mampu menyerlahkan kejuruteraan dan rekabentuk tulen rantau itu kepada dunia.

BACA >>> Pencuri Tebuk Dinding, Larikan Ducati Panigale V4 R Bernilai £35,000 (RM186k)

Artikel kali ini kita akan menelusuri sejarah perkembangan Ducati yang bermula sebagai pengeluar alatan radio hingga kini mencipta nama sebagai pengeluar motosikal disegani kawan dan lawan.

ASAL PENGELUAR PERALATAN RADIO

Dari kiri ke kanan: Andriano, Bruno, dan Marcello Cavalieri.

Pada 1926, Antonio Cavalieri Ducati bersama tiga anaknya, Andriano, Marcello dan Bruno Cavalieri Ducati menubuhkan syarikat pembuatan radio elektrik di Bologna, Itali berasaskan paten Antonio. Menjelang 1935, keluarga Ducati membuka sebuah kilang di kawasan bandar Borgo Panigale. Walaupun kilang mereka sering menjadi sasaran pengeboman sepanjang era Perang Dunia Kedua, hasil pengeluaran dari kilang Ducati kekal diteruskan.

Syarikat Ducati kemudianmeluaskan empayar perniagaan dengan membuka beberapa cawangan di bandar utama dalam dan luar negara seperti London (England), Paris (Perancis), New York (Amerika Syarikat), Sydney (Australia) dan Caracas (Venezuela).

BACA >>> Semua Jentera Ducati Boleh Lepas 350kmj, Rossi Dah Mula Risau

PENGELUARAN MOTOSIKAL BERMULA

Ducati Cucciolo (1950)

Di kilang kecil berpangkalan di Turki, dipanggil SIATA (Societa Italiana per Applicazioni Techniche Auto-Aviatorie), Aldo Farinelli memulakan pembangunan unit motor kecil yang dipasangkan pada basikal.

Pada 1944, SIATA memutuskan menjual enjin dinamakan ‘Cucciolo’ itu yang dalam bahasa Itali bermaksud ‘anak anjing’ kerana bunyi paip ekzos kedengaran seakan enjin kereta. Cucciolo sebenarnya ialah blok enjin berasingan yang boleh dipasangkan pada semua jenis basikal biasa.

Pada 1950, enjin Cucciolo dijual lebih 200,000 unit, dan Ducati memutuskan menjalin kerjasama dengan SIATA untuk melancarkan motosikal pertama berasaskan enjin Cucciolo.

Lahirlah motosikal pertama Ducati dijana enjin 48cc seberat 44kg  dengan diameter silinder 15mm yang mampu mencapai kelajuan maksimum 64kmj. Berbekalkan penggunaan bahan api cuma 1.2 liter, motosikal Ducati Cucciolo mampu ditunggang sejauh 100km.

Ducati Cucciolo 48 (1947)
Ducati Cucciolo 65T (1952)

Ducati kemudian memutuskan menggugurkan nama Cucciolo berbanding nama kod 55M dan 65TL.

PENGELUARAN MOTOSIKAL PROFESIONAL

Ducati 65TS
Ducati Cruiser

Apabila wujud permintaan untuk motosikal berkuasa tinggi, pengurusan Ducati memutuskan menyertai Pameran Motosikal Milan pada awal 1952 dengan memperkenalkan 65TS dan Cruiser (skuter 4-lejang).

Cruiser dianggap motosikal paling menarik di Milan, tetapi jualan kurang memberangsangkan dengan hanya beberapa ribu unit dihasilkan sepanjang tempoh dua tahun sebelum dihentikan pengeluaran. Menjelang 1953, Ducati membahagikan syarikat kepada dua subsidiari, Ducati Meccanica SpA dan Ducati Elettronica yang menumpukan kepada pengeluaran motosikal dan peralatan elektronik.

Ducati Mach 1

Dr Giuseppe Montano mengetuai Ducati Meccanica SpA dan memajukan kilang Borgo Panigale dengan mendapat sokongan Kerajaan. Pada 1954, Ducati Meccanica SpA meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 120 unit sehari. Sekitar 1960-an, Ducati menempah nama sebagai pengeluar motosikal terpantas era itu yang dibina berasaskan enjin Mach 1 berkapasiti 250cc.

NAMA BERUBAH IKUT PEMILIK

Dekad 1970-an menyaksikan Ducati memulakan pengeluaran motosikal V-Twin berkapasiti besar. Pada 1973, motosikal dengan enjin V-Twin yang dipasang injap bebola pengurangan aliran mula dihasilkan.

Cagiva kemudian membeli Ducati pada 1985, dengan harapan mahu meneruskan pembuatan motosikal jenama Cagiva. Bagaimanapun, ia sukar direalisasikan apabila Cagiva pula mengalami krisis kewangan teruk pada 1996 .

Cagiva menerima tawaran firma pelaburan dari Amerika Syarikat, Texas Pacific Group (TPG) pada 1996 dengan menjual 51 peratus pegangan saham bernilai AS$325 juta (RM1.36 bilion). Pada 1998, TPG membeli pula 49 peratus saham, sekali gus menjadi pemilik tunggal Ducati.

Pada 1999, TPG menerbitkan tawaran awam awal (IPO) pertama dan menukar nama syarikat kepada Ducati Motor Holding SpA. TPG menjual lebih 65 peratus saham dalam Ducati, tetapi masih kekal sebagai pemegang saham majoriti. Pada Disember 2005, TGP kali ini menjual sahamnya kepada Investindustrial Holdings, iaitu syarikat dana pelaburan milik Carlo dan Andrea Bonomi.

Nasib Ducati terhenti di situ. Pada April 2012, subsidiari Volkswagen Group, Audi menyatakan minat mahu membeli Ducati pada harga €860 juta (RM4.1 bilion).Kebetulan Presiden Volkswagen, Ferdinand Piëch memang peminat motosikal dan pernah menyuarakan impian memiliki Ducati. Malah mengakui pernah rasa kesal kerana melepaskan peluang membeli Ducati daripada Kerajaan Itali pada 1984.

BACA >>> Lenovo Ducati 5 – Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

Ramai pakar berpendapat, rancangan Volkswagen membeli Ducati lebih tertumpu kepada faktor peribadi, jenama dan kepuasan berbanding keputusan berasaskan pertimbangan kiraan pembiayaan. Pemerhati meragui kemampuan Ducati untuk memberikan impak kepada organisasi korporat segah Volkswagen Group.

Akhirnya, perjanjian jual beli dimeterai juga dengan anak syarikat Audi, Automobili Lamborghini SpA pada 19 Julai 2012 dengan harga transaksi €747 juta  (RM3.6 bilion). Sejak itu, Ducati secara rasminya bernaung di bawah Volkswagen Groups bersama beberapa jenama automotif mewah lain seperti Bugatti, Porsche dan Lamborghini.

Menariknya, di bawah syarikat induk baharu, Ducati berjaya menyinar semula sebagai gergasi permotoran baharu yang disegani. Bukan saja menerusi pengenalan model-model baharu mengancam, Ducati turut mencipta nama dalam sukan permotoran seperti MotoGP.

BACA >>> Ducati Panigale V2 (2020) Didedahkan

autotainment Ducati Ducati Cucciolo Ducati Elettronica Ducati Meccanica SpA RetroAuto SIATA (Societa Italiana per Applicazioni Techniche Auto-Aviatorie)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.