Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu

AryonBy Aryon22/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 1898, setahun selepas penubuhan Nippon Gakki, iaitu perintis kepada Yamaha Corporation hari ini, syarikat itu memutuskan menggunakan garpu tala (fork tuning) sebagai simbol korporat, dan turut menambah imej phoenix Cina sedang menyepit garpu tala dengan mulut.

Selepas mengalami beberapa perubahan seiring pertumbuhan syarikat, simbol garpu tala dan logo Yamaha akhirnya dijadikan sebagai simbol atau tanda dagang (trademark) standard untuk produk syarikat itu.

TENTANG SIMBOL ‘GARPU TALA’

Seperti pernah diceritakan dalam artikel mengenai sejarah ringkas Yamaha, garpu tala ialah alatan untuk menala instrumen muzik yang direka pemain trumpet, John Shore (1662-1751). Garpu tala terdiri daripada pemegang yang disatukan dengan rod besi bentuk U. Dengan menyentuhkan rod, bunyi akan dihasilkan dan frekuensi daripada getaran per saat akan digunakan sebagai standard talaan instrumen muzik.

BACA >>> #RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha

Tiga garpu tala pada logo Yamaha mewakili hubungan kerjasama yang menghubungkan tiga teras perniagaan syarikat itu:

  • Teknologi
  • Pengeluaran
  • Jualan.

Ia juga bertanggungjawab menaikkan reputasi Yamaha dalam dunia muzik dan bunyi seluruh dunia yang pada era itu tidak banyak pemain industri. Simbol itu juga mewakili tiga elemen muzik utama, iaitu:

  • Melodi
  • Harmoni
  • Irama atau Ritma

PERUBAHAN DAN EVOLUSI TANDA GARPU TALA

1898

Rekabentuk Ho-oh (phoenix Cina) memegang garpu tala dengan mulut, dijadikan trademark pada 1898 setahun selepas Nippon Gakki Co Ltd diwujudkan. Tanda ini digunakan untuk organ berkualiti tinggi yang menggambarkan matlamat syarikat itu untuk menghasilkan produk kelas dunia.

1916

Cuma imej garpu tala digunakan. Tiada lagi kelibat burung phoenix.

1916

Permohonan trademark imej garpu tala dibuat untuk digunakan pada organ.

1916

Permohonan trademark imej garpu tala dibuat untuk digunakan pada piano.

1927

Permohonan trademark imej Yamaha Veneer untuk kerja kayu.

1934

Rekaan ini banyak digunakan pada produk, akhbar, iklan dan katalog.

1956

Trademark untuk instrumen muzikal.

1959

Trademark untuk instrumen muzikal.

1967

Tanda mula distandardkan sepanjang tempoh ini. Trademark putih ialah rekaan opsyen atau ‘reverse design’ untuk digunakan pada latar produk gelap.

1980

‘Reverse design’ 1967 dipersetujui sebagai logo versi standard.

1998

Tanda garpu tala versi standard dan spesial mula wujud.

2016

Tanda garpu tala disatukan.


PERUBAHAN LOGO YAMAHA

1967

Logo Yamaha dihasilkan (sama seperti logo versi spesial sekarang yang juga digunakan sebagai ‘reverse design’).

1980

Logo Yamaha diubah semula. Rekabentuk daripada garis ringkas (logo versi spesial sekarang) dijadikan versi standard logo.

1987

Syarikat menukar nama kepada Yamaha Corporation untuk meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-100. Imej garpu tala disingkirkan untuk menguatkan kata nama ‘YAMAHA’.

1998

Logo Yamaha versi standard (atas) dan spesial (bawah).

2016

Logo Yamaha disatukan.


APAKAH PERBEZAAN ANTARA YAMAHA LOGO DAN YAMAHA MOTOR?

YAMAHA CORPORATION
YAMAHA MOTOR CO

Perbezaan ketara ialah Yamaha Corporation menggunakan warna ungu (violet) sebagai warna identiti korporat, manakala Yamaha Motor Co Ltd menggunakan warna merah. Kedua-dua logo mengekalkan imej garpu tala dalam bulatan di sebelah kiri perkataan ‘YAMAHA’.

Perbezaan lain ialah bentuk huruf ‘M’ – YAMAHA untuk logo Yamaha Corporation lebih pendek berbanding dua kaki huruf itu. Sebaliknya ‘M’ – YAMAHA pada logo Yamaha Motor ialah sama panjang (lihat imej bawah). Ya, sama tapi tidak serupa.

SUMBER: Yamaha

autotainment Garpu Tala logo Logo Yamaha Phoenix Retro Auto roda2 Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Apimoto on 03/02/2019 16:23

      Hujung pemegang garpu tala logo Yamaha Motor Co ltd berada dia atas bulatan cincin tetapi hujung pemegang garpu tala Yamaha Corporation tidak menyentuh bulatan.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.