Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad – Yamaha 125 yang Revolusioner!
Auto Terkini

#RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad – Yamaha 125 yang Revolusioner!

AryonBy Aryon02/09/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Y125Z ialah model kapcai 2 lejang bersesaran 125cc yang dikeluarkan Yamaha pada 1998 sebagai pengganti kepada Y110SS. Di kalangan mat motor, model ini dipanggil 125 (disebut: one-two-fai atau one-two-pai), dan nama julukan itu kekal ikonik dan seakan sudah dikhaskan untuk 125Z sahaja walaupun itu sebenarnya nama cc enjin.

Ada dua ciri unggul paling diperkatakan tentang 125Z, iaitu transmisi 6-kelajuan dan pemangkin asap dipanggil Catalyzer sehinggakan dua ciri tersebut dijadikan sticker pada badan motor.

125Z (1998)
125Z (2007)
125ZR

Apa yang spesial sangat pasal 2 ciri tu?

Jika difikirkan, sesiapa pun akan buntu tentang apa yang spesial sangat kotak gear 6-kelajuan kerana 125Z bukanlah kapcai pertama dilengkapkan transmisi sebanyak itu. Suzuki RGV 120 terlebih dulu memilikinya seawal 1996. Tetapi faktanya, 125Z ialah kapcai Yamaha pertama yang tampil dengan 6 gear jungkit, sama seperti streetbike ulung di alam semesta, RX-Z.

Kalau betul pun yang benar-benar istimewa ialah ciri Catalyzer yang menurut iklan Yamaha, peranti itu mampu mengurangkan tahap buruk emisi hingga 50 peratus. Inilah ciri pertama diperkenalkan pada kapcai di Malaysia dan mungkin juga di dunia.

BACA >>> Yamaha 125ZR MotoGP Edisi Terhad – Siap Ada Nombor Siri Beb !!!

Persoalannya, adakah peminat 125Z membeli kapcai itu kerana cintakan alam sekitar? Tak pun, malah kalau ditanya 10 pemilik 125Z, nescaya 8 orang daripadanya akan tergagap-gagap memberi penjelasan tepat tentang fungsi Catalyzer. Dan 99.9 peratus dijamin tiada seorang pun pemilik 125Z yang membeli kapcai itu kerana sukakan Catalyzer melainkan dia seorang saintis atau ahli biologi.

KENAPA 125Z DIGILAI?


Pertama, kerana namanya Yamaha. Kedua, rekabentuk revolusioner. Ketiga, kekanda Valentino Rossi. Ya, ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan penting dan menjadi alasan kukuh kenapa anak muda era penghujung 90-an dan awal milenia terpaut hati untuk membeli 125Z.

Rekabentuk dan spesifikasi 125 boleh dikatakan mencapai tahap kesempurnaan sebuah kapcai. Saiz badan kompak dan runcing, lekuk fairing dan madgad bak si gadis berjalan manja, brek cakera depan dan belakang (jangan tak tahu, 125 ialah kapcai pertama ada brek cakera belakang!), takometer, pelana tonggek seakan Inul Daratista menari dangdut, absorber monoshock, dan dentingan ekzos 2-lejang yang dipadukan enjin berkuasa raksasa.

BACA >>> #RetroAuto: Pengalaman Perit Cipta Alat Muzik Jadi Teras Asal Usul Jenama Yamaha

125Z ialah ‘kereta sport’ dalam segmen kapcai. Laju dan seksi serta memudaratkan kepada mereka yang belum kenal erti penyesalan. Kapcai ini bukan saja diburu anak muda Malaysia, malah diintai penuh berahi penyamun motosikal sama ada secara berkumpulan atau persendirian yang pasti mengundang sesal di hari pembalasan kelak. Ingat, bukan seorang dua rider berendam air mata kerana kehilangan kapcai kesayangan mereka ini dan terpaksa bersara dalam dunia permotoran dengan menunggang skuter 2nd hand saja. Serik satu hal dan abah tak sponsor satu hal. Tidakkah kau kasihan penyamun setan!?

Kini, segalanya hampir sampai ke penamat. Pada hujung tahun lalu, tersiar foto unit akhir 125Z di kilang Hicom Yamaha Manufacturing Malaysia (HYMM). Ini bermakna tahun ini tiada lagi model 2-lejang dihasilkan di Malaysia sebagai mematuhi peraturan emisi antarabangsa – Euro 3. Kini baton itu diserahkan kepada adik baru Y15ZR @ YSuku.

Iklan 125ZR masih disenaraikan dalam laman web HLYM.

Bagaimanapun, laman web Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) masih lagi memaparkan iklan 125ZR versi edisi terhad MotoGP, sekali gus memberitahu model itu masih lagi ada di pasaran. Cuma mungkin sangat sukar dicari dan kalau terjumpa pun harganya dijamin mencecah belasan ribu ringgit sehingga menimbulkan dendam kepada Kerajaan dan pihak berkuasa.

BACA >>> Foto Unit Enjin Terakhir Tersebar, Yamaha 125Z Ucap Selamat Tinggal

GALERI

KREDIT FOTO: GodzillaMotorParts

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) Kapcai King of Moped Moped roda2 Valentino Rossi Yamaha yamaha 125z Yamaha 125ZR
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026

    4 Comments

    1. Hyzan84 on 24/01/2019 00:01

      Aku hampir kencing dlm seluar berdekah mamat ni Mmg menjiwai menulis blog ni Jilake Haha

      Reply
    2. Shaf on 25/06/2019 19:38

      Nampak x tahu sejarah tu….rgv120 6 speed gear cungkil..suzuki rgx 120 first model double disk brake

      Reply
    3. AO on 08/04/2020 07:08

      Nampak sangat baca tak habis. Kapcai Yamaha pertama, bukan kapcai pertama..

      Dan 125Z keluar lagi awal dari RGX.

      Reply
    4. srovuss on 07/08/2021 05:40

      Tersembur kopi aku baca blog brader ni. Jarang jarang dapat baca jenaka berkuiti macam ni.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.