Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Lebuh Raya Tol Pertama Malaysia Mula di Slim River, Bukan KL
Autotainment

#RetroAuto: Lebuh Raya Tol Pertama Malaysia Mula di Slim River, Bukan KL

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAN Rehat dan Rawat (RnR) di Slim River, atau lebih tepat berhampiran Kampung Balun, ialah jalan raya biasa yang saya akan lalui setiap kali balik kampung.

Ate yob kalau kamu orang Peghok atau duduk sekitar Mualim, tapi tidak tahu pasal kisah RnR Slim River, juga dikenali jalan tol lama. Ajenye usoh le ngaku orang Slim.

Bagi penduduk Slim River, kisah pasal jalan tol lama itu sering dibualkan orang-orang lama kepada anak-anak muda sebagai generasi awal yang masih menyimpan kenangan mengenai asal-usul tol tersebut. Ini bukan cerita mistik atau seram, tetapi jalan tol lama itu memang merakamkan sejarah penting negara kita kerana di situlah terletak lebuh raya tol pertama Malaysia.

Ya, di Perak, bukan Kuala Lumpur!

Lokasi tol lama itu terletak di tengah Semenanjung yang menghubungkan Slim River ke Tanjung Malim, Perak. Lebuh raya tersebut dibuka sekitar 1960-an, bertujuan menggantikan jalan lama sejauh 33km yang menghubungkan dua pekan kecil itu. Pada masa itu, itulah satu-satunya laluan yang menghubungkan penduduk Slim River jika ada urusan ke Tanjung Malim.

Pada zaman itu, lebuh raya tersebut cuma selorong dan dua hala. Tidak seperti sekarang yang sudah ada dua dan tiga lorong. Laluan satu lorong itulah yang digunakan setiap hala sama ada dari Slim River ke Tanjung  Malim atau sebaliknya.  Walaupun dua hala, tetapi laluan berkenaan lurus dan selamat.

BACA >>> #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi…

Lebuhraya Tanjung Malim-Slim River itu terletak di jajaran Federal Route 1, iaitu jalan persekutuan pertama yang menghubungkan Johor Bahru sampai ke Perlis, dan siap dibina pada 1909. Sistem tol pertama itu mengenakan caj RM1 untuk kereta, RM2 (kenderaan berat) dan 50 sen (motosikal) sebelum Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dibina.

Awalnya, Kerajaan mengenakan tol bagi kedua-dua hala perjalanan, Namun, Kerajaan kemudian cuma mengenakan tol sehala sahaja, iaitu dari Slim River ke Tanjung Malim. Selepas 28 tahun beroperasi dan lebuh raya PLUS siap dibina pada awal 1994, lebuh raya itu pun dimansuhkan dan status ditukarkan kepada jalan raya persekutuan.

Uniknya, kawasan plaza tol masih kekal dan kini menjadi RnR Slim River, manakala bangunannya dijadikan stor simpanan JKR.

BACA >>> Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

GALERI

 

Diskaun Tol Federal Route 1 kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) PLUS tahukah anda tol Tol Pertama Malaysia Tol Slim River
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.