Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?
Autotainment

#RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA jenama kereta lain dikaitkan dengan gerakan kuasa bunga pada era 70-an yang melebihi Volkswagen. Bukan satu, tetapi dua model buatan Jerman tersebut yang menjadi simbol ‘keamanan’ dan ‘cinta’ pada masa itu, itulah Microbus dan Beetle.

Bagaimanakah jenama ‘Kereta Rakyat’ itu berjaya menambat minat golongan hippies dan hooligan yang menjadi sebahagin budaya popular (pop-cult) dunia pada zaman tersebut?

BACA >>> Volkswagen Beetle Klasik Kembali dengan Kuasa Elektrik?

PASU BUNGA SIMBOL AMAN DAN CINTA

VW Microbus
VW Beetle 1950-an

Menurut Volkswagen, simbol kepada aman dan cinta itu dilakukan dengan kehadiran aksesori paling sederhana dalam dua model keluaran jenama itu, iaitu pasu bunga!

Aksesori pasu bunga pertama kali muncul sebagai tambahan pilihan jualan pengedar pada 1950-an, menerusi porselin ‘blumenvasen’ yang dihasilkan pengeluar porselin premium Jerman dan mudah dipasangkan pada papan pemuka kereta, grill pembesar suara atau cermin depan.

Ini membolehkan pemilik Beetle atau Microbus menghiasi kabin kereta mereka dengan bunga pilihan.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Kerusi Pelikat’ Volkswagen Golf GTI

Selain bertujuan menambahkan seri warna pada kereta Volkswagen, pasu bunga  itu adalah tanda penghargaan kepada automobil era awal dahulu yang didatangkan dengan pasu bunga untuk menutup bau-bauan dari enjin. Selepas tahun berganti tahun, ciri pasu bunga itu dengan pantas menjadi lebih dekoratif sebelum sistem penyaman udara diperkenalkan.

Apabila kabin jadi lebih selamat daripada bau-bauan luaran, akhirnya pengguna mula hilang minat terhadap pasu bunga. Namun,  disebabkan Volkswagen pernah menjadi sebahagian sejarah itu, pengeluar tersebut cuba memperkenalkan semula ciri itu pada Beetle (1998).

Pakej standard New Beetle didatangkan dengan banyak naik taraf moden, termasuk pasu bunga signatur versi akrilik 3 inci.

New Beetle itu, tampil dengan slogan seperti; ‘Enjin di depan, tetapi hati berada di tempat yang sama’ dan ‘Kerja seni dengan beg udara sisi dan pasu bunga’. Pasu bunga tersebut memberikan elemen comel pada rupa dalaman Beetle yang dapat menarik perhatian pembeli wanita. Hasilnya, 60 peratus jualan Beetle terdiri daripada pembeli wanita.

Kemudian, Volkswagen menggugurkan aksesori pasu bunga daripada Beetle pada Beetle (2011) yang mana ‘jantina’ model itu mula dineutralkan, tidak lagi menumpukan kepada pembeli wanita.

Apapun, pasu bunga kekal sebagai tambahan popular kepada Beetle klasik yang bagi Volkswagen; ‘Sentuhan kecantikan tidak pernah mengetepikan gaya’.

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

SUMBER: Carmudi

Auto Terkini autotainment Blumenvasen Pasu Bunga dalam Kereta Volkswagen Pasu Bunga Volkswagen Retro Auto RetroAuto sejarah Volkswagen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.