Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#RetroAuto: Kenapa Ada Negara Pandu Sebelah Kiri, Ada Sebelah Kanan?
Auto Terkini

#RetroAuto: Kenapa Ada Negara Pandu Sebelah Kiri, Ada Sebelah Kanan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMUM mengetahui tidak semua negara memandu di kiri jalan seperti Malaysia (stereng sebelah kanan), atau disebut pemanduan tangan kanan (RHD). Ketika ini, ada sekitar 35 peratus populasi dunia yang memandu sebelah kiri, manakala selebihnya memandu di sebelah kanan, atau disebut pemanduan tangan kiri (LHD). 

Kenapa perbezaan ini berlaku? Kenapa tidak semua negara memandu dalam arah pemanduan jalan yang sama? Bagi mendapatkan jawapan itu, jom kita telusuri sejarah dunia di bawah.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic EG8 ‘LHD’ yang Merah Mak Ngah
BACA >>> Masalah Cip Semikonduktor: Nissan, Mazda Tutup Kilang Sementara di Jepun

1. FAKTOR KESELAMATAN

Pada zaman dahulu, hampir semua pengembara berjalan di sebelah kiri jalan kerana itulah jalan paling selamat. Ini kerana tangan dominan kebanyakan orang adalah sebelah kanan. Pengguna pedang lebih gemar berjalan di belah kiri untuk memastikan tangan dominan mereka lebih dekat dengan lawan.

Lagi, penunggang kuda bertangan kanan juga lebih mudah mengendalikan kuda di belah kiri. 

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

2. GERABAK BERKUDA

Penunggang terpaksa duduk atas kuda paling kiri supaya senang bergerak dan mengawal kenderaan.

Bagaimanapun, lewat abad ke-17 menyaksikan sekumpulan pengembara Perancis dan Amerika Syarikat (AS) mula mengangkut hasil ternakan dalam gerabak besar yang digerakkan sekumpulan kuda. Gerabak itu pula tiada kerusi pemandu, jadi pemandu terpaksa duduk di atas kuda paling kiri dan memandu di kanan jalan untuk memudahkan pengendalian.

3. REVOLUSI PERANCIS 1789

Di Perancis pula, sebelum berlaku Revolusi Perancis 1789, golongan aristokrat berjalan di sebelah kiri manakala golongan bawahan berjalan di belah kanan. Selepas Revolusi berlaku, golongan aristokrat tidak ingin menonjolkan diri dan mula menyertai golongan bawahan berjalan di sebelah kanan hinggalah undang-undang rasmi diperkenalkan pada 1794 di Paris untuk menetapkan regulasi berjalan di sebelah kanan.

Penaklukan Napoleon Bonaparte juga turut menyebarkan amalan memandu sebelah kiri ke negara Eropah lain seperti Belgium, Belanda, Luxembourg, Switzerland, Jerman, Poland, dan sebahagian besar Sepanyol dan Itali. Negara yang menentang kekal di sebelah kiri seperti British, Empayar Austro-Hungarian dan Portugal. Perbezaan itu kekal hingga Perang Dunia Pertama (WWI).

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Paling Selamat Hendak Memotong Kenderaan Lain?

4. PERUBAHAN NEGARA-NEGARA EROPAH

Negara-negara Eropah mula bertukar kpada LHD dengan Portugal bermula 1928, Itali (pertengahan 1920-an) dan Sepanyol (1924).

British pula terus kekal dengan RHD dan mewajibkannya pada 1835 dan diikuti negara Komanwel di bawah jajahan Empayar British hingga sekarang seperti Malaysia, Singapura, Australia, India, Pakistan, New Zealand dan Brunei.

5. DOMINASI AUTOMOTIF AMERIKA SYARIKAT, AMALAN ZAMAN EDO JEPUN

Sementara itu, trend pemanduan di sebelah kanan terus berkembang apabila kereta buatan AS berkualiti yang direka dengan LHD dieksport besar-besaran hingga memaksa negara lain mengikut regulasi sama.

Bagaimanapun di Jepun, walaupun tidak pernah dijajah British, NEgara Matahari Terbit itu juga memandu di sebelah kiri kerana sudah menjadi kebiasaan sejak zaman Edo (1603-1868) sebelum ditulis dalam undang-undang rasmi mereka pada 1924. 

Korea yang awalnya dijajah Jepun juga mengikut cara sama sebelum dijajah AS dan Rusia pada penghujung Perang Dunia Kedua (WWII) yang menyebabkan pemanduan berubah ke sebelah kanan.

KESIMPULAN

Secara mudahnya, perbezaan amalan pemanduan di sebelah kiri dan kanan sesebuah negara itu pada awalnya wujud disebabkan faktor keselamatan dan budaya. Namun, semuanya mula berubah apabila trafik mula bertambah dan penjajahan berlaku yang mana negara penjajah akan menetapkan undang-undang mereka pada negara jajahan. 

Jika anda ingin melihat senarai penuh negara-negara di dunia dan di belah mana mereka memandu, boleh lihat foto atas atau klik di sini. 

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: WorldStandards.eu

Britain fakta French Revolution jalan raya Jepun negara eropah Perancis Revolusi Perancis tahukah anda trafik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.