Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: John Boyd Dunlop Rintis Penciptaan Tayar Pneumatik Moden
Autotainment

#RetroAuto: John Boyd Dunlop Rintis Penciptaan Tayar Pneumatik Moden

Han OthmanBy Han Othman18/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JOHN Boyd Dunlop (5 February 1840 – 23 October 1921) ialah pereka Scotland dan tersenarai antara pengasas syarikat tayar yang menggunakan namanya sebagai jenama. Beliau dilahirkan di sebuah ladang di Dreghorn, North Ayrshire dan memiliki ijazah kedoktoran veterinar di Dick Vet, Universiti Edinburgh yang memaksanya menginap di kampung halaman sendiri hampir 10 tahun sebelum berpindah ke Downpatrick, Ireland pada 1867.

Beliau kemudian menubuhkan Klinik Veterinar Downe di Downpatrick bersama saudaranya, James Dunlop sebelum melebarkan karier di 38-42 May Street, Belfast. Beliau juga kawan baik kepada Ratu Victoria.

Pada 1887, beliau membangunkan tayar pneumatik praktikal pertama atau tayar bertekanan untuk basikal roda tiga anaknya. Ujian dilakukan di kawasan riadah Cherrycale, Belfast Selatan dan dipatenkan pada 7 Disember 1888.

Pelumba basikal Ireland, Willie Hume menguji tayar ciptaan Dunlop pada 1889 dan memenangi satu-satunya perlumbaan menggunakan tayar berkenaan di Ireland dan England.

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

LUMBA BASIKAL POPULARKAN TAYAR DUNLOP

Ceritanya bermula apabila Willie Hume yang juga Kapten Kelab Lumba Basikal Jelajah Belfast menjadi ahli pertama yang membeli basikal dipasangkan tayar pneumatik itu. Dunlop kemudian mencadangkan beliau menggunakan tayar tersebut dalam perlumbaan.

Pada 18 Mei 1889, Hume memenangi empat kategori lumba basikal dalam acara Queen’s College Sports di Belfast dan disusuli kemenangan di Liverpool dengan memenangi semua kecuali satu daripada acara dipertandingkan.

PATEN TIDAK SAH

Tahun sama juga menyaksikan Dunlop Pneumatic Tyre Co Ltd ditubuhkan di Oriel House, Westland Row, Dublin dalam usaha mengkomersialkan paten Dunlop bagi tayar pneumatik untuk basikal.

Setahun kemudian (1890), yakni dua tahun selepas paten produk beliau diluluskan, Dunlop tiba-tiba dimaklumkan bahawa paten itu tidak sah kerana seorang lagi pereka Scotland, Robert William Thomson (1822-1873) terlebih dahulu mempatenkan idea sama di Perancis pada 1846 dan Amerika Syarikat (AS), 1847.

Paten Dunlop diisytiharkan sebagai tidak sah berdasarkan undang-undang paten ‘seni awal’ (prior art) yang disahkan menjadi milik Thomson. Bagaimanapun, penghasilan tayar Thomson begitu berbeza dan mahal berbanding Dunlop. Kegagalan itu memaksa beliau menyerahkan hak paten dan syarikatnya kepada ahli perniagaan yang juga ahli politik parti Konservatif di England, William Harvey du Cros pada 1890.

BACA >>> #RetroAuto: Glenn Curtiss – Si Pereka yang Tetapkan Penanda Aras Kelajuan Motosikal

POLITIKUS BANTU LARISKAN TAYAR DUNLOP

Malah, Dunlop turut membantu Du Cros menubuhkan syarikat Dunlop Rubber sebagai balasan bagi 1,500 saham dalam syarikat berjumlah AS$3,000 (RM12,390). Dalam masa setahun hingga dua tahun, tayar Dunlop menjadi komponen standard untuk basikal.

Dunlop Rubber juga memulakan pengeluaran tayar nipis untuk kegunaan kereta. Malangnya usaha dilakukan Dunlop tidak banyak mendatangkan keuntungan kepada beliau.

SYARIKAT MAJU SELEPAS KEMATIAN

Dunlop meninggal dunia di Dublin dan dikebumikan di Deans Grange Cemetery, Dublin. Tidak lama selepas kematian beliau, Dunlop Rubber berkembang pantas dengan menambah kilang sekitar Eropah, termasuk barisan produk jualan.

Menjelang pertengahan 1920-an, syarikat itu tidak hanya menghasilkan tayar dan tiub, tetapi juga mengeluarkan baju hujan, bola tenis, golf dan getah busa (foam rubber). Semasa Perang Dunia Kedua (WWII), syarikat itu semakin maju dengan penghasilan getah dingi (boleh menggelembung), tayar kalis peluru, kot trenc, sut pesawat dan produk lain.

Kini, wajah Dunlop dijadikan imej atas wang kertas £10 keluaran Northern Bank untuk edaran Ireland Utara. Walaupun nama Thomson dikreditkan sebagai pencipta tayar, sebaliknya Dunlop pula dikenang sebagai pereka yang memodenkan fungsi tayar getah.

BACA >>> Gottlieb Daimler: Pereka Revolusioner Rintis Standard Baru Automobil Moden

john-boyd-dunlop-2

JOHN BOYD DUNLOP

TARIKH LAHIR: 5 Februari 1840
TEMPAT LAHIR :Dreghorn, Ayrshire Utara, Scotland
MENINGGAL DUNIA: 23 Oktober 1921 (81 tahun) di Deans Grange Cemetery, Dublin
KERAKYATAN: Scotland/Ireland
WARGANEGARA: Britain
CIPTAAN: Memodenkan tayar pneumatik

Dunlop J B Dunlop JOHN Boyd Dunlop pengasas tayar pneumatik RetroAuto sejarah tayar Tayar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.