Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Henry Ford – Lelaki yang Mengubah Industri Automotif Dunia
Autotainment

#RetroAuto: Henry Ford – Lelaki yang Mengubah Industri Automotif Dunia

Han OthmanBy Han Othman30/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BELUM lengkap ilmu permotoran anda jika tidak kenal siapa Henry Ford (30 Julai 1863 – 7 April 1947), warga Amerika Syarikat (AS) yang terkenal sebagai seorang usahawan, industrialis dan perintis dalam industri automotif.

Artikel kali ini akan bercerita serba ringkas tentang Ford yang pernah diharapkan bapanya mewarisi kerja sebagai seorang petani, tetapi beliau enggan. Sebaliknya, beliau memberontak dengan melarikan diri dari rumah pada usia 16 tahun untuk mencuba nasib sebagai pelatih jurumesin di Detroit yang kemudian menjadikannya seorang penyenggara enjin stim Westinghouse. Pada 1891, Ford menjadi jurutera dengan firma Edison Illuminating Company (EIC).

BACA >>> #RetroAuto: Sochiro Honda – Bermula Cuma Basikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

Buat anda yang tidak tahu, EIC ialah firma ditubuhkan Thomas Alva Edison, juga seorang pereka dan industrialis AS yang terkenal dengan ciptaan mentol dan fonograf (perakam dan pemain bunyi). Objektif penubuhan EIC ialah menguruskan stesen janakuasa elektrik di AS.

FORD QUADRICYCLE… Kereta pertama Ford.

Pada masa itu, Ford sangat tertarik dengan enjin petrol dan pada 1896, beliau menghasilkan automobil atau kereta pertama – dinamakan Ford Quadricycle – yang berjaya membuka mata khalayak umum dan ramai pelabur. Jadi, dengan bantuan pihak-pihak tersebut, Ford akhirnya menubuhkan syarikat pertama beliau, Detroit Automobil Company, tetapi muflis tidak lama kemudian.

Pada 1903, apabila anaknya, Edsel berusia 10 tahun, Ford menubuhkan sebuah lagi syarikat, Ford Motor Company (FMC), dan kali ini berjaya dengan keupayaan pengeluaran kereta lebih 1,700 unit setahun dengan berbekalkan wang modal berjumlah AS$28,000 (RM120,358). Jika, dinilaikan mengikut dolar 2017, modal itu dianggarkan bernilai AS$739,692 (RM3.18 juta).

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Semua kereta dan konsep diperkenalkan FMC banyak membantu syarikat itu mendahului pesaing lain dalam industri automobil dengan mencatatkan pelbagai rekod. Bagaimanapun, Ford juga mahu menghasilkan kereta yang murah dan reliabel untuk semua orang.

Jadi, pada 1906-1908, beliau memperkenalkan Ford Model N dan Ford Model T (digelar Tin Lizzie) yang dijual pada harga AS$825 (RM3,546). Menjelang 1908, lebih 1,000 unit model T dijual. Malah, pembeli dibenarkan memilih apa saja warna asalkan hitam.

FORD MODEL N
FORD MODEL T

Disebabkan tuntutan terhadap pasaran kereta murah yang tinggi, Ford membuka kilang baru di Highland Park, Illinois dan di sinilah sistem barisan pemasangan (assembly line) dibina yang direka beberapa pekerja Ford sendiri selepas mendapat ilham daripada mekanisme rumah sembelihan haiwan ternakan.

Mekanisme barisan pemasangan siap dibina pada 1913 dan setahun kemudian lebih 250,000 unit kereta baru dijual! Ford turut menaikkan gaji harian pekerja-pekerja tetapnya kepada AS$5 (RM21).


Beberapa tahun kemudian, harga Model T menjadi semakin murah dan terima kasih kepada penambahbaikan barisan pemasangan hingga membuatkan FMC mendominasi 50 peratus pasaran AS. Pada 1927, Model T yang ke-15 juta (gambar atas) dihasilkan dan rekod ini dipegang selama 45 tahun!

FORD MODEL A
Henry Ford dan anaknya, Edsel.

Ford mula memasuki pasaran saham sekitar era 1930-an yang menjadikan beliau satu-satunya pemilik syarikat itu. Selepas penamatan pengeluaran Model T pada 1927, kilang FMC ditutup selama setengah tahun hingga anaknya, Edsel menyudahkan rekabentuk model baharu, Ford Model A.

Henry Ford meninggal dunia pada 7 April 1947 akibat pendarahan serebrum.

SUMBER: Car Throttle

assembly line autotainment barisan pemasangan Henry Ford industriais Retro Auto
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.