Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Apakah Itu Motosikal ‘Cafe Racer’?
Autotainment

#RetroAuto: Apakah Itu Motosikal ‘Cafe Racer’?

Han OthmanBy Han Othman16/11/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM bahasa mudah, café racer (pelumba kafe?) ialah motosikal yang dibikin untuk berlumba dari sebuah kafe ke satu tempat sudah ditetapkan. Kafe (disebut caff) paling popular ialah Ace Cafe di London yang mana penunggang motosikal akan mula berlumba dari kafe tersebut selepas memilih rekod tertentu pada kotak duke. Penunggang kemudian akan kembali semula ke kafe itu sebelum rekod dihabiskan yang memerlukan mereka mencapai ‘the ton’ atau 160kmj atau 100 batu per jam (mph).

Di England ketika era 1960-an, tidak banyak motosikal mampu milik yang mampu mencapai ‘the ton’. Jadi, bagi golongan pekerja atau pemilik motosikal, satu-satunya pilihan yang ada untuk mendapatkan prestasi seumpama itu ialah dengan menala (tuning) motosikal sendiri menggunakan pelbagai opsyen perlumbaan.

Alat ganti talaan yang siap ada di pasaran membuatkan kerja-kerja modifikasi lebih mudah. Penunggang hanya perlu menambah lebih banyak alat ganti dan komponen mengikut bajet dibenarkan. Sepanjang proses menambah komponen demi komponen, sedikit demi sedikit rupa standard sebuah café racer mula terbentuk.

SPESIFIKASI ASAS

Spesifikasi tipikal bagi café racer generasi awal ialah:

  • Paip swept-back (rentang belakang).
  • Hendal clip-on atau bar ‘Ace’.
  • Mufler kon terbalik Mega (pendek bagi mufler megafon  – sangat panjang bagi misnomer). Motosikal selepas itu menggunakan Dunstall yang mana silenser dihasilkan legenda tuning, Paul Dunstall.
  • Tayar Dunlop TT100.
  • Karburetor besar.
  • Set belakang.

Bagi ramai penunggang, memiliki motosikal berwajah café racer sebenarnya sudahpun cukup. Namun, apabila pasaran alat ganti tuning mula tumbuh bak cendawan selepas hujan pada pertengahan 1960-an, senarai alat ganti siap ada dan diingini turut meningkat sama.

Selain alat ganti talaan enjin, banyak syarikat mula menghasilkan pengganti pelana dan tangki minyak yang kemudian menjadi trend baharu dalam perlumbaan motosikal: pelana dengan bonggol dan tangki minyak gentian kaca dengan lekuk untuk ruang hendal clip-on dan lutut penunggang. Malah, versi aluminium yang lebih mahal turut dijual di pasaran.


Bagi menambahkan lagi gaya dan rupa motosikal lumba, pemilik café racer memasang pula bar hendal kecil (seperti pada pelumba Manx Norton – lihat gambar). Fairing penuh mula ditinggalkan apabila penunggang menggunakan penutup enjin aluminium digilap dan paip krom swept-back yang merentang belakang.

Walaupun ramai penunggang memuatkan absorber belakang berbeza untuk menaik taraf sistem pengendalian motosikal mereka, tetapi detik paling diingati dalam pembangunan café racer ialah pengenalan enjin Triumph Bonneville yang dipasang pada casis featherbed Norton. Kemudian dikenali umum sebagai Triton yang mana jentera hibrid itu menjadi standard baharu sebuah café racer dengan menggabungkan enjin dan casis British terbaik.

SUMBER: ThoughtCo

Ace Cafe London apakah itu cafe racer Cafe racer motosikal cafe racer RetroAuto roda2 sejarah Sejarah Café Racer
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.