Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Kangoo (2021) Serba Baharu Diperkenalkan dengan Rupa Lebih Segar
Roda4

Renault Kangoo (2021) Serba Baharu Diperkenalkan dengan Rupa Lebih Segar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RENAULT secara rasmi memperkenalkan kenderaan komersial ringan, juga termasuk dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV), Kangoo (2021) generasi baharu yang akan memasuki pasaran menjelang musim bunga akan datang.

Kangoo (2021) serba baharu ini ditawarkan dalam empat versi, termasuk dua model panjang, terdiri daripada Kangoo, Kangoo Van, Express dan Express Van yang akan bersaing dengan Volkswagen Caddy baharu.

Kangoo (2021) serba baharu ini menampilkan rupa depan dengan lampu depan horizontal baharu, gril besar dengan trim krom, ambilan udara bawah besar, bonet maskular, garis sisi baharu dan rupa belakang direka semula bampar belakang.

Panel papan pemuka lama diganti versi lebih moden dengan unit infotainment bentuk tablet di tengah, dan panel kawalan ventilator penyaman udara di bawah.

Rekaan stereng diperbaharui dengan mengekalkan bentuk tiga jejari, manakala unit instrumen jenis tradisional bersama paparan LCD kecil antara tolok meter. Tombol gear diposisikan sedikit ke belakang yang memberikan ekstra ruang simpanan pada konsol tengah.

Renault mendakwa Kangoo (2021) serba baharu ialah model MPV yang menawarkan ruang simpanan terbaik dalam segmen itu.

Kangoo (2021) serba baharu juga menawarkan kapasiti muatan luas antara 329 liter hingga 4,898 liter, bergantung kepada gaya badan, dan dipertingkat dengan akses sisi mudah (Easy Side Access) dan rak dalaman mudah (Easy Inside Rack).

Ciri baharu lain terdiri daripada pengenalan cermin pandang belakang digital, bantuan swing treler (TSA), Brek Aktif Kecemasan Termaju (AEAB) dan Kawalan Stabiliti Brek (BSC).

Varian enjin tidak diperincikan, tetapi dijangka ditawarkan dalam unit petrol dan diesel yang dipadankan transmisi manual dan automatik. Versi bateri-elektrik juga bakal menyertai barisan model ini. Renault akan menghasilkan Kangoo dan Kangoo Van baharu di kilang Maubeuge, Perancis, manakala Express dan Express Van akan dibina di Tangier, Maghribi.

BACA >>> 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga
BACA >>> Inikah Rupa Renault Kangoo Generasi Baharu?

SUMBER: CarScoops

kenderaan komersial ringan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Renault Renult Kangoo Roda4 Van Panel
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.