• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inikah Rupa Renault Kangoo Generasi Baharu?

Inikah Rupa Renault Kangoo Generasi Baharu?

June 20, 2019 By Azhan O Leave a Comment

390
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOCOR foto minivan atau kenderaan pelbagai guna (MPV), Renault Kangoo serba baharu dengan rekabentuk  yang jauh berbeza dan lebih menarik berbanding model sedia ada.

Walaupun dalam paparan resolusi rendah, foto itu jelas menunjukkan rupa Kangoo baharu dalam kemasan kuning dan nampaknya model generasi ketiga ini diilhamkan daripada rekabentuk model konsep Kangoo Z.E. Concept yang dipamerkan awal tahun ini.

BACA >>> 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga

Rekabentuk Kangoo kali ini tampil lebih bersegi menerusi lampu utama dan bar krom horizontal yang melintang sepanjang gril depan. Ruang perumah lampu kabus dihitamkan untuk efek sporty, termasuk bahagian bawah bampar depan.

Secara keseluruhan rekabentuk baharu Kangoo lebih berkotak berbanding model sebelum ini  dengan kombinasi warna kontras seperti kemasan perak pada rel bumbung, perumah cermin sisi dan rim sport dwi tona hitam-perak.

Kangoo ketika ini sudah berada di pasaran lebih sedekad dan pelancaran Z.E. Concept, iaitu model konsep elektrik sepenuhnya, memberi bayangan tentang model pengeluaran dalam versi kenderaan elektrik (EV). Pada masa sama, turut mendedahkan kemungkinan pelancaran model diesel yang dijangka dijana enjin Renault baharu, 1.5L dCi

BACA >>> Renault Megane RS di Malaysia, Harga Bermula RM279k, Langkawi Pula RM178k

Jadi kita cuma perlu tunggu saja bilakah foto rasmi akan didedahkan nanti.

 

Artikel Berkaitan

390
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: kenderaan komersial ringan, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), model konsep, MPV, Renault, Renault Kangoo, Renault Kangoo Gen-3, Renault Kangoo Generasi Ketiga, Renault Z.E. Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my