Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Red Bull Sertai Honda World Superbike Team Umum Pasukan Lumba WorldSBK 2017
Roda2

Red Bull Sertai Honda World Superbike Team Umum Pasukan Lumba WorldSBK 2017

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHAS buat peminat pelumba motosikal legenda, Nicky Hayden dan Red Bull Honda World Superbike Team, pasukan untuk musim perlumbaan 2017 dilancarkan di Hangar-7 di Salzburg, Austria, baru-baru ini. Bagi musim WorldSBK 2017, Nicky Hayden akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba handalan iaitu Stefan Bradl, di mana masing-masing menunggang jentera baharu, Honda CBR1000RR Fireblade SP2.

Wakil media antarabangsa, Honda Motor Europe, penaja, rakan teknikal dan Dorna selaku penganjur WorldSBK turut hadir dalam acara tersebut yang menyaksikan usahasama menarik antara Honda dan Red Bull. Majlis turut disiarkan secara langsung menerusi laman web, RedBull Honda dan laman Facebook, HondaProRacing.

PENYERTAAN PENUH PERTAMA RED BULL

Red Bull Honda World Superbike Team 2017.01Red Bull, jenama pengeluar minuman bertenaga terkemuka dunia, dan antara pemain utama acara sukan permotoran dan aksi lasak buat pertama kali menjadi penaja pasukan World Superbike sebagai title-partner.

Nicky Hayden, yang turut menunggang untuk pasukan Red Bull semasa menjadi Juara Dunia MotoGP™ 2006 memutuskan menyertai WorldSBK buat pertama kali, tahun lalu. Pada musim itu, beliau berjaya menaiki podium sebanyak lima kali, termasuk merangkul satu kejuaraan pusingan perlumbaan.

Stefan Bradly pula ialah Juara Dunia Moto2 2011 dan atlet senior dalam program Red Bull. Beliau menunjukkan prestasi positif sepanjang musim ujian dengan jentera Fireblade dan nyata teruja dengan cabaran baharu musim ini.

NICKY HAYDEN 69

Nicky Hayden Red Bull Honda World Superbike Team 2017.01Berikut ialah ulasan Nicky Hayden mengenai musim 2017.

Tahun ini segalanya hampir baharu, bermula daripada motosikal, penaja dan rakan sepasukan. Semestinya banyak perubahan akan berlaku. Tahun ini musim kedua saya dalam World Superbike dan saya harap dapat tingkatkan prestasi berdasarkan apa yang saya capai musim lalu.

Saya sangat gembira dapat kembali bersama Red Bull, jenama yang pernah saya wakili sebelum ini. Ia peluang baik buat saya. Tahap perlumbaan semakin tinggi dan kami ada tugas besar di hadapan. Saya perhatikan semua orang bersemangat dan saya tidak sabar untuk bermula.”

STEFAN BRADL 6

Stefan Bradl Red Bull Honda World Superbike Team 2017.01Berikut pula ialah ulasan Stefan Bradl mengenai penyertaan baharunya:

Saya begitu teruja untuk musim baru ini! Ia pengalaman baharu buat saya dan kejohanan yang belum pernah saya sertai. Kerjasama antara Honda dan Red Bull adalah sesuatu yang menarik, juga jenama hebat yang menyokong karier perlumbaan saya sekian lama.

Saya gembira jadi atlet Red Bull dan sangat suka apabila ia jadi rakan pasukan ini. Kami ada Fireblade baharu untuk musim ini dan perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengann jentera itu. Ini projek bagus dan kami akan berusaha langkah demi langkah untuk jadikan ia satu kejayaan.”

RONALD TEN KATE – PENGURUS PASUKAN HONDA WORLD SBK

Honda CBR1000RR Fireblade SP2 Red Bull Honda World Superbike Team 2017.03Sekarang, kita baca pula ulasan pengurus pasukan mengenai musim WorldSBK 2017:

Musim 2017 bawa bersama harapan seperti rakan baru, Red Bull dan motosikal baru, Honda CBR1000RR Fireblade SP2 serta gandingan baru, iaitu dua pelumba berbakat dan berpengalaman, Nicky Hayden dan Stefan Bradl.

Kami begitu bersemangat dengan percaturan musim ini dan komited mahu bersaing secara kompetitif untuk perlumbaan akan datang. Terima kasih kepada semua penaja, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam menjadikan semua ini suatu realiti.

Saya yakin 2017 akan jadi musim baik untuk Red Bull Honda World Superbike Team.”

Red Bull Honda World Superbike Team 2017
STEFAN BRADL
HONDA CBR1000RR FIREBLADE SP2
Auto Terkini Honda Honda WorldSBK Nicky Hayden roda2 Stefan Bradl
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.