Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Razlan: Morbidelli Boleh Jadi Juara Dunia MotoGP 2021
Auto Terkini

Razlan: Morbidelli Boleh Jadi Juara Dunia MotoGP 2021

AryonBy Aryon22/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali optimis pelumba pasukan satelit itu, Franco Morbidelli mampu mengungguli saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini.

Menurutnya, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan prestasi ditunjukkan pelumba Itali itu sepanjang aksi MotoGP 2020 apabila meraih kedudukan kedua musim lalu dengan mengutip 158 mata daripada 14 perlumbaan walaupun bergelut mendapatkan podium pada pusingan awal perlumbaan.

Razlan dipetik Bernama berkata;

Pada awal tahun lalu, dia (Morbidelli) tak nampak konsisten sebab jentera bermasalah dan kemalangan di Austria yang sedikit sebanyak beri kesan terhadap prestasinya.

“Tapi dia lebih konsisten berbanding prestasi pelumba lain dan sebab itu dia mampu dapat tangga kedua (keseluruhan musim lalu) dan jika tidak berdepan masalah teknikal (musim ini), dia boleh jadi juara dunia.”

Razlan juga yakin Morbidelli akan ditawarkan kontrak menyertai pasukan pengilang seperti Ducati dan Honda pada 2022 jika pelumba itu muncul juara dunia MotoGP musim ini.

Bagaimanapun, mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Morbidelli pada 2022 perlu membayar pampasan yang bersesuaian kepada Petronas Yamaha SRT kerana pelumba itu sudah menandatangani kontrak lanjutan hingga 2022.

Pada aksi MotoGP 2020, Morbidelli meraih kemenangan dalam tiga perlumbaan iaitu Grand Prix (GP) San Marino, GP Teruel dan GP Valencia, selain turut meraih kedudukan podium pada GP Republik Czech dan GP Portugal. Musim ini, pelumba itu akan bergandingan dengan legenda dunia, Valentino Rossi yang juga pernah menjadi mentornya semasa dalam Akademi VR46.

BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan
BACA >>> Rossi Ucap Selamat Tahun Baru 2021 dengan Baju Petronas SRT

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Razlan Razali franco morbidelli Kejuaraan Dunia MotoGP Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 MotoGP 2021 Petronas SRT Petronas Yamaha SRT Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.