Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Razlan: Belum Ada Rundingan dengan Rossi Pasal Petronas Yamaha SRT
Auto Terkini

Razlan: Belum Ada Rundingan dengan Rossi Pasal Petronas Yamaha SRT

AryonBy Aryon06/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOSS Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menjelaskan yang pihaknya belum membuat sebarang rundingan dengan Valentino Rossi untuk merekrut masuk legenda hidup itu ke dalam pasukan satelit tersebut bagi musim 2021.

Bercakap dalam soal jawab dengan peminat, Razlan berkata, beliau berharap dapat mengesahkan barisan pelumba Petronas Yamaha SRT menjelang Julai hingga Ogos ini, iaitu tempoh masa musim MotoGP 2020 dijangka bermula selepas ditangguhkan akibat krisis wabak Covid-19.

Garis masa tersebut juga nampaknya sepadan dengan kenyataan Rossi yang akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam MotoGP, sama ada bersara atau terus berlumba.

BACA >>> #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!
BACA >>> Lorenzo, Rossi Bersatu dalam Pasukan Petronas Yamaha SRT?

YAMAHA MAHU ROSSI KE PETRONAS SRT

Yamaha sebelum ini berulang kali menyatakan hasrat untuk menempatkan Rossi dalam Petronas SRT dan bersedia memberikan jentera kilang penuh kepadanya walaupun Razali sebenarnya masih berkira-kira untuk mendapatkan khidmat pelumba Itali itu.

Menurut Razali, belum ada sebarang rundingan dibuat antara beliau dan Yamaha mengenai prospek tersebut. Sebaliknya, beliau menyatakan hasratnya untuk menjadikan Petronas SRT sebagai pasukan untuk membangunkan bakat muda sambil menyebut pelumba Moto2, Xavi Vierge sebagai calon munasabah.

Sejujurnya, kami ada beberapa pelumba dalam radar kami tahun ini, pelumba-pelumba Moto2 termasuk Xavi Vierge.

“Tapi sekali lagi, dengan ketiadaan perlumbaan buat masa sekarang dan potensi cuma 10 perlumbaan musim ini, sudah tentu rundingan mengenai Valentino Rossi muncul dengan kami, ia kemungkinan yang terbuka.

“Kami belum tahu lagi dan itulah jawapan yang jujur. Tapi kami akan melihat semua pilihan dan saya fikir menjelang Julai-Ogos kami akan putuskan apa yang akan dibuat untuk menggantikan Fabio (Quartararo).”

– DATUK RAZLAN RAZALI, Bos Petronas Yamaha SRT.

Sementara itu, status Franco Morbidelli dalam Petronas SRT juga belum diputuskan. Pelumba Itali itu direkrut sebagai pelumba de facto dengan jentera spesifikasi 2019 musim lalu, tetapi gagal menyerlah seperti mana Quartararo.

Morbidelli masih menjadi rakan pasukan kepada Quartararo untuk musim 2020, tetapi rakannya itu sudah awal-awal lagi dipilih Yamaha untuk berlumba dengan pasukan pengilang tersebut musim depan. Sedangkan kontrak pelumba berambut keriting itu akan berakhir hujung tahunn ini.

BACA >>> Yamaha Exciter dengan Enjin 155 VVA, ABS Muncul Tahun Ini di Vietnam?

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Fabio Quartararo franco morbidelli Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2020 Petronas Yamaha SRT Valentino Rossi Xavi Vierge Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.