Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November
Auto Terkini

RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

Han OthmanBy Han Othman29/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERKHIDMATAN bas mini bakal diperkenalkan semula kepada warga kota Kuala Lumpur bermula bulan depan selepas hampir 21 tahun dihentikan operasi.

Kemunculan semula bas kompak yang mampu membawa 31 penumpang pada satu-satu masa itu akan diseliakan pengurusan RapidKL. Percubaan pertama akan akan bermula 1 September – 29 November ini dari hab Bukit Indah ke Ampang Pointm menerusi Jalan Rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan baharu bas mini akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit sekali (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) bermula jam 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Ini sebahagian inisiatif Rapid Bus untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.

BACA >>> Motor Jipang ‘Pantra’ Jadi Trend Unik Penunggang Filipina

DUA BULAN TEMPOH UJIAN UNTUK RESPON PENGGUNA

Ujian perkhidmatan kira-kira dua bulan itu bertujuan mengkaji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan penempatan penduduk yang memiliki laluan jalan sempit, termasuk mendapatkan maklum balas pengguna tentang pengalaman menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Sekitar 1970-an hingga 1990-an, perkhidmatan bas mini, yang diperkenalkan pada 1975, adalah pemandangan biasa di ibu kota yang menjadi medium pengangkutan awam paling murah pada masa itu. Namun, ia ditamatkan perkhidmatan pada 1998 berikuta tindakan Kerajaan menstrukturkan semula perkhidmatan awam di ibu negara.

“Jika ada permintaan menggalakkan sepanjang perkhidmatan percubaan, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan di laluan ini dan mungkin diluaskan ke laluan lain pula,” kata Muhammad Yazurin.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

RapidKL turut mengalu-alukan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885-2585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Bas Mini Muhammad Yazurin Sallij pengangkutan awam Perkhidmatan Bas Mini Rapid Bus Rapid Bus Sdn Bhd RapidKL
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.