Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid KL Tambah 15 Laluan Bas Perantara LRT Merah Jambu
Auto Terkini

Rapid KL Tambah 15 Laluan Bas Perantara LRT Merah Jambu

Han OthmanBy Han Othman09/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANAK syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd meluaskan perkhidmatan Bas Perantara LRT merah jambu kepada 15 laluan tambahan bermula 18 Februari ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, inisiatif tersebut adalah kesinambungan kepada projek perintis pada 3 September tahun lalu melibatkan penambahbaikan perkhidmatan Bas Perantara LRT sepanjang 10 laluan sedia ada seperti ke Stesen LRT Gombak, Taman Melati dan Sri Rampai.

Menurutnya, Rapid Bus menerima maklum balas positif menerusi program tersebut apabila 81 peratus daripada 1,000 responden menyatakan bas baharu itu kini lebih mudah dicam, dan patuh jadual.

“Ia sebahagian usaha berterusan pihak kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Dengan penampilan baharu ini, kami mendapati bahawa pelanggan dan orang ramai lebih senang membezakan antara bas Perantara LRT dan bas Rapid KL biasa,” katanya.

Muhammad Yazurin berkata, hasil kaji selidik dijalankan bulan lalu turut mendapati 92 peratus responden mengesyorkan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai. Rapid Bus akan membahagikan pelaksanaan perkhidmatan itu kepada beberapa peringkat melibatkan penyusunan semula operasi bas, penjadualan dan kekerapan menurut permintaan.

 

BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara ‘Real-Time’
BACA >>> Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum

Berikut 15 laluan baharu Bas Perantara LRT:

1. T180 Taman Dato’ Senu – LRT Sentul
2. 822 LRT Bangsar – Bangsar Shopping Centre
3. 541 Putra Permai – LRT BK 5
4. T603 LRT Puchong Prima – Taman Mas Sepang
5. T640 Stesen LRT Taman Jaya – Taman Sri Sentosa
6. T600 Stesen LRT IOI Puchong – Taman Wawasan
7. T757 Stesen LRT Alam Megah – Sek 27 Shah Alam
8. T778 Stesen LRT USJ 21 – One City
9. T781 Stesen LRT Kelana Jaya – Kelana Centre Point
10. T782 Stesen LRT Lembah Subang – Ara Damansara
11. T783 LRT Taman Bahagia – SS 6
12. T785 LRT Taman Paramount – Kg Baiduri
13. T786 LRT Asia Jaya – Universiti Mahsa
14. T787 Stesen LRT Asia Jaya – Seksyen 14 & 17
15. T791 Stesen LRT Kerinchi – Pantai Hill Park

Auto Terkini Bas Perantara LRT Muhammad Yazurin Sallij Prasarana Rapid Bus
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.