Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Range Rover Fifty – Model Edisi Terhad Sempena Rai Aniversari ke-50 Tahun
Roda4

Range Rover Fifty – Model Edisi Terhad Sempena Rai Aniversari ke-50 Tahun

Han OthmanBy Han Othman19/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN INI, model ikonik Range Rover memasuki usia yang ke-50 tahun, dan pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, Jaguar Land Rover meraikan ulangtahun itu dengan melancarkan model esidi terhad dinamakan Range Rover Fifty.

Range Rover Fifty diberikan kemasan Autobiography seperti yang ada pada model Range Rover terkini dan akan diperkenalkan sebagai unit standard utnuk varian Long Wheel Base.

 

SUV edisi terhad itu hanya dikeluarkan 1970 unit sahaja yang merujuk kepada tahun ketika Range Rover melakukan debut dunia. Asasnya, model itu akan didatangkan dengan pelbagai ciri eksklusif seperti warna cat khas: Carpathian Grey (kelabu), Rosello Red (merah), Aruba (perak), dan Santorini Black (kelabu), aksen luaran Auric Atlas, dua rekaan rim 22 inci unik, dan lencana Fifty yang direka Ketua Pereka Land Rover, Gerry McGovern.

Setiap kereta akan didatangkan dengan nombor siri berbeza pada konsol tengah (plat logam seperti di atas). Jika mahu Fifty yang lebih unik, pembeli boleh memiliki warna khas seperti Tuscan Blue (biru), Bahama Gold (emas), atau Davos White (putih) yang ditawarkan dalam unit yang sangat terhad.

Unit spesifikasi Amerika hanya ditawarkan dalam satu pilihan enjin, iaitu 5.0L V8 Supercas berkuasa 518hp dan tork 625Nm. Bagaimanapun, pasaran lain akan diberikan pilihan enjin diesel dan hibrid plug-in (PHEV). Dipadankan bersama adalah transmisi automatik 8-kelajuan yang akan menggerakkan keempat-empat roda denagn kemampuan pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat!

Sebagai perbandingan, Ranger Rover asal didatangkan dengan enjin 3.5L V8 berkuasa 135hp yang juga menjadi SUV pertama yang menggunakan sistem pacuan empat roda (4X4). Antara ciri pertama lain diperkenalkan Land Rover pada model ini ialah 4×4 pertama dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada 1989, SUV pertama ada Kawalan Traksi Elektronik (ETC) dan suspensi udara elektronik automatik (1992), dan SUV pertama dengan badan aluminium sepenuhnya (2012).

Malah, Ranger Rover juga menjadi kenderaan pertama dipamerkan di Muzium Louvre di Paris, Perancis.

Transformasi Range Rover daripada SUV utiliti kepada model mewah sememangnya dalam perancangan Land Rover. Namun, setiap model masih mengekalkan karakter lasak seperti mana model asal SUV tersebut.

Sejak kemunculan, famili Ranger Rover kini memiliki pelbagai pilihan model seperti Range Rover Sport, Range Rover Velar, dan Range Rover Evoque yang semua ada dijual di pasaran Malaysia. Harga dan spesifikasi Range Rover Fifty belum didedahkan.

GALERI
4x4 Jaguar Land Rover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Land Rover Range Rover Range Rover Range Rover Fifty Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.