• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Range Rover Fifty - Model Edisi Terhad Sempena Rai Aniversari ke-50 Tahun

Range Rover Fifty - Model Edisi Terhad Sempena Rai Aniversari ke-50 Tahun

June 19, 2020 By Azhan O Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN INI, model ikonik Range Rover memasuki usia yang ke-50 tahun, dan pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, Jaguar Land Rover meraikan ulangtahun itu dengan melancarkan model esidi terhad dinamakan Range Rover Fifty.

Range Rover Fifty diberikan kemasan Autobiography seperti yang ada pada model Range Rover terkini dan akan diperkenalkan sebagai unit standard utnuk varian Long Wheel Base.

 

SUV edisi terhad itu hanya dikeluarkan 1970 unit sahaja yang merujuk kepada tahun ketika Range Rover melakukan debut dunia. Asasnya, model itu akan didatangkan dengan pelbagai ciri eksklusif seperti warna cat khas: Carpathian Grey (kelabu), Rosello Red (merah), Aruba (perak), dan Santorini Black (kelabu), aksen luaran Auric Atlas, dua rekaan rim 22 inci unik, dan lencana Fifty yang direka Ketua Pereka Land Rover, Gerry McGovern.

land-rover-range-rover-klasik-2
ranger-rover-fifty-2021-9
ranger-rover-fifty-2021-7
ranger-rover-fifty-2021-11

Setiap kereta akan didatangkan dengan nombor siri berbeza pada konsol tengah (plat logam seperti di atas). Jika mahu Fifty yang lebih unik, pembeli boleh memiliki warna khas seperti Tuscan Blue (biru), Bahama Gold (emas), atau Davos White (putih) yang ditawarkan dalam unit yang sangat terhad.

Unit spesifikasi Amerika hanya ditawarkan dalam satu pilihan enjin, iaitu 5.0L V8 Supercas berkuasa 518hp dan tork 625Nm. Bagaimanapun, pasaran lain akan diberikan pilihan enjin diesel dan hibrid plug-in (PHEV). Dipadankan bersama adalah transmisi automatik 8-kelajuan yang akan menggerakkan keempat-empat roda denagn kemampuan pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat!

Sebagai perbandingan, Ranger Rover asal didatangkan dengan enjin 3.5L V8 berkuasa 135hp yang juga menjadi SUV pertama yang menggunakan sistem pacuan empat roda (4X4). Antara ciri pertama lain diperkenalkan Land Rover pada model ini ialah 4x4 pertama dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada 1989, SUV pertama ada Kawalan Traksi Elektronik (ETC) dan suspensi udara elektronik automatik (1992), dan SUV pertama dengan badan aluminium sepenuhnya (2012).

Malah, Ranger Rover juga menjadi kenderaan pertama dipamerkan di Muzium Louvre di Paris, Perancis.

Transformasi Range Rover daripada SUV utiliti kepada model mewah sememangnya dalam perancangan Land Rover. Namun, setiap model masih mengekalkan karakter lasak seperti mana model asal SUV tersebut.

Sejak kemunculan, famili Ranger Rover kini memiliki pelbagai pilihan model seperti Range Rover Sport, Range Rover Velar, dan Range Rover Evoque yang semua ada dijual di pasaran Malaysia. Harga dan spesifikasi Range Rover Fifty belum didedahkan.

GALERI
ranger-rover-fifty-2021-3
ranger-rover-fifty-2021-5
ranger-rover-fifty-2021-2
ranger-rover-fifty-2021-6
ranger-rover-fifty-2021-4
ranger-rover-fifty-2021-1
ranger-rover-fifty-2021-7
ranger-rover-fifty-2021-8
ranger-rover-fifty-2021-9
ranger-rover-fifty-2021-10
ranger-rover-fifty-2021-11
ranger-rover-fifty-2021-12
ranger-rover-fifty-2021-13
ranger-rover-fifty-2021-14
ranger-rover-fifty-2021-15
land-rover-range-rover-klasik-1
land-rover-range-rover-klasik-2
land-rover-range-rover-klasik-3
land-rover-range-rover-klasik-4

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Jaguar Land Rover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover, Land Rover Range Rover, Range Rover, Range Rover Fifty, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev