Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Range Rover Evoque Landmark Edition Sambut Jualan ke 600k, Model Land Rover Paling Laris
Roda4

Range Rover Evoque Landmark Edition Sambut Jualan ke 600k, Model Land Rover Paling Laris

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LAND ROVER Range Rover Evoque meraikan pengeluaran ke 600,000 unit dengan memperkenalkan model edisi khas, iaitu Evoque Landmark Edition. Kenderaan pacuan empat roda (4×4) itu dibina khas sempena enam tahun pengeluaran Range Rover sejak 2011, dan akan dijual pada harga bermula £39,000 (RM219,456).

Bersama warna mengancam dan gaya tersendiri, varian asas Evoque Landmark Edition didatangkan dengan enjin berkuasa 178hp TD4 bersama transmisi manual, manakala versi premium lebih mahal hampir  £6,000 (RM33,762).

TIGA WARNA JADI PILIHAN

Ada tiga warna menarik ditawarkan, iaitu, putih, kelabu dan biru hue Land Rover yang dipanggil Moraine Blue. Turut diberikan ialah rim aloi 7-jejari warna kelabu kilat bersaiz 19-inci, dan sentuhan kelabu grafit pada gril, bonet dan tulisan belakang but.

Menjengah ruang kabin, lebih banyak aksen kelabu gelap digunakan. Konsol tengah diberikan kemasan satin gilap, manakala kerusi mendapat trim kulit berlubang (perforated leather) berwarna hitam berira dan sulaman kontras.

Ciri dimuatkan bagi model Landmark Edition ini ialah masukan tanpa kunci dan but terbantu kuasa (power-assisted tailgate) sebagai standard. Opsyen pula menawarkan naik taraf infotainment menerusi paparan skrin sentuh InControl Touch Pro bersaiz 10-inci dengan aplikasi bina dalam dan Wi-Fi 4G.

Perkhidmatan sambungan juga ditawarkan sebagai pilihan, termasuk aplikasi Remote Premium yang membenarkan pemilik menggunakan telefon pintar untuk mengubah tetapan kereta dan memeriksa bahan api secara kawalan jauh, termasuk fungsi Touch Pro Services bagi pemetaan lalu lintas secara masa nyata (real-time), pandangan jalan menggunakan navigasi satelit dan aplikasi live untuk cuaca, berita dan banyak lagi.

Selain menyambut enam tahun kejayaan  sebagai model Land Rover paling laris, Evoque generasi ke-2 bakal muncul pada 2019.

GALERI

 

SUMBER: Auto Express

4x4 Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Range Rover Range Rover Evoque Range Rover Evoque Landmark Edition Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.