• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Range Rover Evoque Landmark Edition Sambut Jualan ke 600k, Model Land Rover Paling Laris

Range Rover Evoque Landmark Edition Sambut Jualan ke 600k, Model Land Rover Paling Laris

May 11, 2017 By Han Othman 1 Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LAND ROVER Range Rover Evoque meraikan pengeluaran ke 600,000 unit dengan memperkenalkan model edisi khas, iaitu Evoque Landmark Edition. Kenderaan pacuan empat roda (4x4) itu dibina khas sempena enam tahun pengeluaran Range Rover sejak 2011, dan akan dijual pada harga bermula £39,000 (RM219,456).

Bersama warna mengancam dan gaya tersendiri, varian asas Evoque Landmark Edition didatangkan dengan enjin berkuasa 178hp TD4 bersama transmisi manual, manakala versi premium lebih mahal hampir  £6,000 (RM33,762).

TIGA WARNA JADI PILIHAN

rang-rover-evoque-special-edition-1
rang-rover-evoque-special-edition-3

Ada tiga warna menarik ditawarkan, iaitu, putih, kelabu dan biru hue Land Rover yang dipanggil Moraine Blue. Turut diberikan ialah rim aloi 7-jejari warna kelabu kilat bersaiz 19-inci, dan sentuhan kelabu grafit pada gril, bonet dan tulisan belakang but.

Menjengah ruang kabin, lebih banyak aksen kelabu gelap digunakan. Konsol tengah diberikan kemasan satin gilap, manakala kerusi mendapat trim kulit berlubang (perforated leather) berwarna hitam berira dan sulaman kontras.

Ciri dimuatkan bagi model Landmark Edition ini ialah masukan tanpa kunci dan but terbantu kuasa (power-assisted tailgate) sebagai standard. Opsyen pula menawarkan naik taraf infotainment menerusi paparan skrin sentuh InControl Touch Pro bersaiz 10-inci dengan aplikasi bina dalam dan Wi-Fi 4G.

Perkhidmatan sambungan juga ditawarkan sebagai pilihan, termasuk aplikasi Remote Premium yang membenarkan pemilik menggunakan telefon pintar untuk mengubah tetapan kereta dan memeriksa bahan api secara kawalan jauh, termasuk fungsi Touch Pro Services bagi pemetaan lalu lintas secara masa nyata (real-time), pandangan jalan menggunakan navigasi satelit dan aplikasi live untuk cuaca, berita dan banyak lagi.

Selain menyambut enam tahun kejayaan  sebagai model Land Rover paling laris, Evoque generasi ke-2 bakal muncul pada 2019.

GALERI

 

rang-rover-evoque-special-edition-1
rang-rover-evoque-special-edition-2
rang-rover-evoque-special-edition-3
rang-rover-evoque-special-edition-4
rang-rover-evoque-special-edition-5
rang-rover-evoque-special-edition-6

SUMBER: Auto Express

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover, Range Rover, Range Rover Evoque, Range Rover Evoque Landmark Edition, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev