Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rancakkan Kempen Keselamatan, Perodua Tawar Kerusi Bayi dan Kanak-Kanak Harga Istimewa
Auto Terkini

Rancakkan Kempen Keselamatan, Perodua Tawar Kerusi Bayi dan Kanak-Kanak Harga Istimewa

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMPEN kerusi bayi dan kanak-kanak nampaknya semakin membuahkan hasil apabila pengeluar automotif nasional, Perodua turut sama tidak ketinggalan dalam usaha memudahkan pemilik kenderaan mendapatkan aksesori penting itu.

Usaha tersebut adalah sebahagian pengisian kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan Perodua seluruh negara selama lima tahun. Kempen bermula dengan menggalakkan pemandu mematuhi undang-undang asas jalan raya selain mengamalkan tabiat memandu baik.

BACA >>> 6 Tip Pilih Kerusi Bayi yang Baik untuk Kereta Anda?

Perodua mensasarkan menyampaikan mesej tersebut kepada sejuta pelanggan dalam tempoh setahun pelaksanaan program. Fokus awal program lima tahun tersebut ialah empat rangka utama pemanduan baik iaitu:

  • Memakai tali pinggang keledar.
  • Tidak menggunakan gajet ketika memandu.
  • Menggunakan lampu isyarat.
  • Menggunakan kerusi bayi atau kanak-kanak.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Kanak-Kanak Perodua selamat dilancarkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawai di Perodua Sentral, Petaling Jaya pada 30 Oktober lalu (semalam). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua (CEO), Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata,antara kaedah kempen ialah meletakkan bahan promosi di reruai jualan dan servis Perodua seluruh negara.

Berikut Maklumat tentang Kerusi Bayi dan Kanak-Kanak Perodua:
  • Bermula sekarang sehingga Tahun Baru Cina 2018, harga pengenalan kerusi bayi ialah RM660 dan RM780 (kerusi kanak-kanak).
  • Selepas tamat tempoh pengenalan, harga kedua-dua kerusi ialah RM790 dan RM980.
  • Kerusi bayi sesuai digunakan hingga berat 13kg. Ada dua warna ditawarkan – merah dan kelabu.
  • Kerusi kanak-kanak sesuai untuk berat 9-36kg. Ada dua warna ditawarkan – merah dan hitam.
  • Selain jualan, pengedar dan penasihat servis juga melakukan demonstrasi pemasangan betul kepada pembeli.

Perodua turut menganjurkan program Tweckbot, berupa program keselamatan berasaskan media sosial yang dilancarkan sejak 2011. Melalui program ini, Perodua menawarkan 50 poin pemeriksaan percuma sepanjang tempoh sambutan perayaan. Sehingga kini sebanyak 5,000 kenderaan sudah diperiksa sejak tujuh tahun lalu.

Auto Terkini Datuk Dr Aminar Rashid Salleh GearUp kerusi bayi kerusi bayi Perodua Kerusi kanak-kanak Perodua
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.