Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ramalan Tepat, Tempoh PKPB Lanjut Sampai 9 Jun!
Auto Terkini

Ramalan Tepat, Tempoh PKPB Lanjut Sampai 9 Jun!

Han OthmanBy Han Othman10/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA tepat ramalan dan analisis kami yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sebentar tadi baru saja mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan hingga 9 Jun nanti.

Ini bermakna tempoh lanjutan itu akan berlarutan sehingga selepas perayaan Aidilfitri tahun ini. Rakyat Malaysia juga dilarangkan melakukan pergerakan rentas negeri sepanjang tempoh PKPB Fasa Kedua ini.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Perdana Menteri sudah melonggarkan syarat ketat PKP dengan membenarkan beberapa perusahaan, perkilangan dan perniagaan dibuka secara berperingkat dengan garis panduan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat bermula PKP Fasa Ketiga lalu.

Berikut jadual ramalan kami dalam ANALISIS terdahulu berdasarkan kenyataan Perdana Menteri menjelang PKP Fasa Ketiga lalu:

  • Fasa Pertama – 18-30 Mac – SELESAI
  • Fasa Kedua – 01-14 April – SELESAI, analisis dibuat pada fasa ini
  • Fasa Ketiga – 15-28 April [Ramadan 23 April] – SELESAI
  • Fasa Keempat – 29 April-12 Mei [Ramadan], PKPB umum pada fasa ini
  • Fasa Kelima – 13 Mei – 26 Mei [Aidilfitri 24 Mei]
  • Fasa Keenam – 27 Mei – 9 JUN 2020

Melihat jadual fasa PKP di atas, Aidilfitri akan jatuh pada 24 Mei, iaitu dalam PKP Fasa Kelima (sekarang termasuk dalam fasa PKPB). Cuma berbaki dua hari sebelum ditamatkan. Dalam suasana biasa, dua hari selepas Raya, umat Islam di Malaysia sebenarnya masih dalam mood beraya dan ziarah.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang pergerakan dan perhimpunan ramai, kami jangka Kerajaan akan melanjutkan tempoh PKP hingga 9 Jun, iaitu 17 hari selepas Aidilfitri. Selepas itu, mood beraya mula mengendur dan kembali seperti sediakala dan terkawal.

Kerajaan dalam PKPB Fasa Dua ini juga bersedia menimbangkan keperluan melonggarkan aktiviti ibadat di masjid dan tempat-tempat keagamaan bukan Islam berdasarkan penilaian dan SOP yang akan ditetapkan pihak berkuasa nanti.

Apapun, segalanya tetap bergantung kepada graf dan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berikut maklumat terkini tentang fasa PKPB baharu yang akan bermula 13 Mei hingga 9 Jun nanti:

  • PKP Fasa Pertama: 18-30 Mac – SELESAI
  • PKP Fasa Kedua: 01-14 April – SELESAI
  • PKP Fasa Ketiga: 15-28 April [Ramadan 23 April] – SELESAI
  • PKP Fasa Keempat (PKPB Fasa Satu bermula 4 Mei): 1 – 29 April-12 Mei [Ramadan] – TAMAT minggu depan
  • PKPB Fasa Dua: 13 Mei – 9 JUN 2020 [Ramadan dan Syawal]
Auto Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PKPB Fasa Kedua PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026

1 Comment

  1. kay on 11/05/2020 11:52

    x perlu analisis ,ramai da jangka bole smbung Pkpb lg

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.