Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek
Autotainment

Ramai Pemandu UK Kurang Pengetahuan Senggara Kereta, Tidak Tahu Simbol Amaran Brek

Han OthmanBy Han Othman27/08/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda sebelum ini menganggap mat-mat saleh di luar sana ‘terer’ serba-serbi mengenai hal ehwal kereta, hasil tinjauan di bawah mungkin akan mengubah persepsi anda. Ramai kalangan pemandu mereka juga tidaklah berpengetahuan sangat mengenai penyenggaraan kereta.

Buktinya, satu kajian terbaru ke atas 1,000 pemandu kereta di Britain mendedahkan kebimbangan mengenai kekurangan pengetahuan mereka membabitkan penyenggaraan kereta. Tinjauan yang dijalankan peruncit kenderaan di Britain, JCT 600 menunjukkan ramai pemandu kereta di negara itu langsung tidak tahu mengenai tugas penyenggaraan kereta paling asas selain turut mendedahkan jurang pengetahuan berdasarkan umur dan jantina.

Hasilnya, 63 peratus tidak tahu apakah maksud simbol amaran brek (seperti gambar di atas). Lucunya, 4.2 peratus responden menyangka simbol itu bermaksud pemandu mesti ‘tekan brek kaki’, manakala 6.5 peratus lagi mendakwa ia tanda amaran supaya enjin dihidupkan semula.

Mengejutkan, 17.4 peratus pula mendakwa simbol tersebut ialah arahan supaya segera menambah minyak enjin. Paling melucukan, ada 1.3 peratus responden percaya simbol berkenaan bermaksud ‘sambung perjalanan anda seperti biasa’. Teruk betul!

AMARAN BREK

brek-tangan
Begini ya kawan-kawan,

Apabila anda pertama kali menghidupkan enjin kereta, semua tanda/simbol dan indikator pada panel meter papan pemuka (seperti minyak enjin dan lain-lain) akan menyala sebelum terpadam beberapa saat kemudian. Ia situasi normal.

Namun, jika anda perasan tanda amaran brek masih menyala, itu tandanya anda terlupa meriliskan brek tangan. Tanda amaran itu sepatutnya terpadam sebaik saja anda melepaskan brek tangan. Sebaliknya, jika kekal menyala ia mungkin disebabkan kesilapan pelarasan pada suis atau kehilangan tekanan hidraulik pada sistem pembrekan. Anda perlu segera ke bengkel berdekatan!

PEMANDU MUDA KURANG PENGETAHUAN?

pemandu-tua
Seperkara lagi, satu daripada empat pemandu kereta di Britain tidak pasti bagaimana untuk periksa paras minyak enjin dan hampir separuh (45 peratus) tidak tahu bagaimana memeriksa kedalaman bunga tayar mereka.

Berdasarkan umur pula, responden 18-24 tahun adalah kumpulan umur paling kurang pengetahuan mengenai tekanan angin tayar mengikut rekomendasi (30 peratus) dan bagaimana memeriksa paras minyak (60 peratus). Sebaliknya, pemilik kereta berusia 55 tahun ke atas paling berpengetahuan tinggi dengan 50 peratus daripadanya tahu mengenai tekanan angin tayar dan memeriksa paras minyak (83 peratus).

Bagaimana pula dengan pemandu di Malaysia? Mungkin suatu hari nanti kita berkesempatan buat tinjauan yang sama. Harap-harap tidaklah kalah dengan pemandu Britain.

automotif global autotainment pemandu uk simbol amaran brek
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026

1 Comment

  1. mohd taufik on 16/05/2017 23:48

    Saya telah menjadikan isu ini sebagai tajuk untuk pengajian ‘master’ saya 3 tahun yang lalu..keputusannya memang ramai yang tidak tahu atau tidak peka tentang simbol2 yang ada di panel meter..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.