Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rakaman Dashcam Akan Diguna untuk Kemas Kini Pemetaan Google Maps
Auto Terkini

Rakaman Dashcam Akan Diguna untuk Kemas Kini Pemetaan Google Maps

SyafieBy Syafie12/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMERA papan pemuka (Dashcam) kini menjadi satu perkara wajib yang perlu ada dalam sesebuah kenderaan terutamanya setelah orang ramai sedar akan kepentingan peranti itu dalam aspek keselamatan. Malah, MIROS turut mengiktiraf pelbagai model dashcam dengan pelbagai pilihan harga, dari yang mampu milik hingga yang premium.

Terbaru, Google Maps dijangka bakal memanfaatkan data daripada dashcam untuk mempertingkatkan sistem pemetaan dalam aplikasi itu. Google juga mengumumkan bahawa syarikatnya sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar peranti tersebut, yang akan mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna untuk tujuan penyelenggaraan peta yang lebih tepat dan terkini.

Menurut Google, data yang diambil adalah video pendek tanpa audio, yang kemudiannya akan diproses menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan maklumat penting yang belum dikemas kini dalam Google Maps seperti:

  • Saiz jalan raya
  • Papan tanda baru
  • Perubahan halaju
  • Pembinaan laluan baru

Tambahan lagi, Google turut menegaskan bahawa rakaman itu hanya akan digunakan untuk mengemas kini sistem Google Maps dan tidak akan dikongsi di mana-mana platform lain. Setiap rakaman hanya akan melibatkan jalan raya awam dan lokasi baru yang tiada dalam peta sedia ada.

“Data rakaman hanya akan diproses oleh pasukan operasi kami, memastikan setiap video digunakan untuk tujuan mengemas kini peta secara tepat.”

Justeru, langkah ini dapat membuka jalan untuk memberikan para pengguna informasi langsung mengenai perubahan lalu lintas dan infrastruktur jalan raya, sekaligus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan efisien.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Google Maps Kamera Papan Pemuka (Dashcam) Kecerdasan Buatan (AI) MIROS Sistem Pemetaan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Lesen memandu vokasional GDL, PSV
    Auto Terkini

    Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.