Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!
Auto Terkini

Rajiv Bajaj: Royal Enfield Buat Skuter, Baru Kita Buat!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAIKUN automotif India, juga pengarah urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj menamatkan spekulasi mengenai pengeluaran model skuter dengan menegaskan tidak akan memasuki pasaran segmen motosikal tersebut. Menurutnya, Bajaj Auto sudah melepaskan sesuatu yang tidak dimiliki lagi dan keinginan itu hanya berlegar di kalangan peminat dan pemegang saham.

Bajaj Auto kini sedang agresif meluaskan pasaran produk syarikat itu dan skuter ialah antara idea yang diketengahkan. Pada mesyuarat tahunan di Pune, India, Rajiv tidak menjelaskan kepada pemegang saham tentang alasan kenapa dia tidak mahu meneroka pasaran skuter.

BACA >>> Kerjasama Bajaj-Triumph Sasar Kuasai Pasaran Motosikal 250-700cc di India

Rajiv juga mempertahankan keputusannya dengan mengatakan tidak semua pengeluar dapat memenuhi keinginan pelanggan. Mislanya, Hero yang tiada produk sportbike dan TVS yang kurang menonjol di pasaran motosikal middleweight walaupun masing-masing menjual siri skuter.

BACA>>> Bajaj Rancang Perkenal Motosikal Elektrik Menjelang 2020 

Pemegang saham pula berpendapat penting bagi Bajaj untuk kembali semula dalam segmen skuter supaya dapat menarik perhatian umum. Sebaliknya Rajiv dengan sinis berkata, jika Siddharth Lal (Royal Enfield) mengeluarkan skuter, maka beliau bersumpah akan mengeluarkan produk sama.

Bajaj Auto bermula dengan segmen sportbike aras mula menerusi barisan Pulsar sejak lebih sedekad lalu. Kini segalanya mencatatkan sejarah tersendiri. Pengeluar motosikal yang berpangkalan di Chakan itu kini sinonim dengan motosikal segmen sport mampu milik seperti Dominar 400. Malah model rebadge Modenas, Pulsar NS200 dan RS200 ialah hasil kerjasama pengeluar nasional itu dengan Bajaj Auto.

BACA >>> Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

Malah di India sepanjang April-Julai 2018, jualan Bajaj meningkat 35 peratus dengan menguasai 16.56 peratus perkongsian pasaran.

SUMBER: Gaadiwaadi

Bajaj Auto Bajaj Auto Ltd Rajiv Bajaj roda2 skuter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.