Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rafizi: Tanpa Penyasaran Subsidi, T20 Nikmati 75 Peratus Lebih Manfaat Berbanding B40
Auto Terkini

Rafizi: Tanpa Penyasaran Subsidi, T20 Nikmati 75 Peratus Lebih Manfaat Berbanding B40

SyafieBy Syafie24/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Datuk Seri Rafizi Ramli - RON95

BEKAS Menteri Kewangan, Datuk Seri Rafizi Ram menegaskan tanpa pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95), golongan pendapatan tinggi (T20) akan terus menikmati manfaat subsidi petrol yang lebih besar berbanding golongan B40.

Menurut Rafizi, keadaan itu berlaku kerana setiap kali Kerajaan membelanjakan subsidi, keluarga berada memperoleh bahagian lebih besar berbanding isi rumah berpendapatan rendah.

Jika penyasaran semula subsidi RON95 tidak dibuat, bagi setiap RM1 subsidi RON95 yang dibelanjakan Kerajaan, keluarga T20 akan mendapat 75 peratus lebih banyak subsidi berbanding keluarga B40.”

“Negara juga akan terus terdedah kepada kesan turun naik harga minyak mentah dunia yang tidak menentu.”

Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 di bawah program BUDI25.

Pengumuman itu membezakan harga untuk bukan warganegara yang perlu membayar pada kadar anggaran RM2.60 seliter.

Penyasaran Subsidi Perlu untuk Reformasi Ekonomi

Rafizi menegaskan penyasaran subsidi adalah langkah tepat bagi memastikan bantuan Kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran.

Keputusan menyasarkan semula subsidi adalah baik untuk negara kerana memperbetulkan dasar Kerajaan – daripada memberi lebih manfaat kepada kumpulan berada kepada menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.”

Beliau berkata, penggunaan petrol RON95 dianggarkan mencecah 1.3 hingga 1.5 bilion liter sebulan yang menyebabkan Kerajaan menanggung kos subsidi tahunan antara RM10 hingga RM12 bilion.

Sebaliknya, pada 2023 dan 2024, perbelanjaan subsidi melebihi RM20 bilion setahun apabila harga minyak mentah dunia mencecah AS$80 setong.

Majoriti ahli ekonomi juga pastinya bersetuju penyasaran semula subsidi RON95 adalah langkah penting dalam reformasi ekonomi negara.”

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) Datuk Seri Rafizi Ramli Subsidi Bersasar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Lesen memandu vokasional GDL, PSV
    Auto Terkini

    Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.