Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quds Rise – Kereta Sports Elektrik dari Lebanon, Pertama dari Arab, Harga RM123k
Auto Terkini

Quds Rise – Kereta Sports Elektrik dari Lebanon, Pertama dari Arab, Harga RM123k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBANON menjadi negara terbaharu menyertai senarai pengeluar kereta elektrik dunia menerusi debut model sports Quds Rise yang akan dijual pada harga AS$30,000 (RM123,080).

Model ini juga boleh dianggap sebagai kereta sports elektrik pertama dari negara Arab. Menariknya, kereta elektrik itu dihasilkan EV Electra yang dimiliki usahawan Lebanon keturunan Palestin, Jihad Mohammad.

Berikut perincian Quds Rise (2021):

  • Enjin dijana motor elektrik yang dipasangkan pada roda belakang dan pek bateri 50kWh untuk membolehkan kereta ini dipandu sejauh 450km sebelum dicas semula.
  • Kelajuan maksimum 165kmj, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5 saat.
  • Memiliki banyak lekuk dan garis badan beralun pada bahagian depan, dengan bentuk fender depan dan belakang berbenjol tinggi.
  • Rupa belakang agak futuristik dengan rekaan lampu LED jenis strip untuk lampu brek, signal dan reflektor.
  • Rekaan gril nampak seperti kubah masjid yang diapit sepasang lampu utama saiz besar, dipercayai jenis projektor, disepadukan bersama lampu siang (DRL).

  • Pintu kereta jenis sayap camar (gull-wing) yang dibuka ke atas. Ruang kabin menyerlahkan gaya vintaj moden dengan unit infotainment skrin sentuh 15.9 inci pada konsol tengah, diposisikan bawah ventilator penyaman udara. Kluster instrumen direka dalam bentuk apung atas papan pemuka.
  • Badan kereta elektrik ini dibuat daripada frem aluminium, manakala panel badan menggunakan gentian kaca dengan berat keseluruhan 1,100kg.

TRIVIA

  • Prototaip Quds Rise dibina di Lebanon walaupun negara itu mengalami krisis kewangan teruk.
  • Quds dalam bahasa Arab merujuk kepada Baitulmaqdis. Nama Rise pula diilhamkan daripada insiden letupan berganda di Pelabuhan Beirut yang meranapkan sebahagian ibu kota tersebut, termasuk meragut nyawa lebih 200 orang, dan 6,000 lagi cedera.
  • Jadi, EV Electra mengharapkan kebangkita semula Lebanon susulan peristiwa ngeri itu.
  • Model prototaip merah dengan logo kubah emas pada gril depan itu menggambarkan bentuk kubah Masjid Kubah Batu  (juga dipanggil Dome of The Rock) di kota lama Baitulmaqdis. Masjid itu terletak dalam pekarangan Masjid al-Aqsa.
  • Masjid al-Aqsa turut dianggap Tapak Suci Ketiga umat Islam selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi, di Madinah.
  • Sebanyak 10,000 unit dijangka dikeluarkan tahun ini sebelum ditawarkan ke pasaran menjelang tahun depan (2022).
  • EV Electra ditubuhkan empat tahun lalu dan mempunyai seramai 300 pekerja, termasuk jurutera dari Lebanon dan Palestin.
  • Pek bateri dibeli daripada pengeluar Eropah, manakala kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan di Lebanon.

BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023
BACA >>> Saksi Kes Tesla Terbakar Tanpa Pemandu: Mangsa Memang Nak Uji Autopilot

SUMBER: Kolesa

EV Electra Jihad Mohammad Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Kereta Lubnan Palestin Kereta Sports Quds Rise Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.