Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusingan Kelayakan Pecutan Dijangka Bangkitkan Keterujaan F1
Auto Terkini

Pusingan Kelayakan Pecutan Dijangka Bangkitkan Keterujaan F1

TalibBy Talib01/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM baharu Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) sudah pun bermula dan antara topik hangat sedang dibincangkan peminat dan media sejak beberapa bulan lalu adalah pusingan Kelayakan Pecutan (Sprint Qualifying, SQ) yang akan dilaksanakan dalam tiga pusingan perlumbaan musim ini.

Pusingan SQ akan berlangsung di dua litar Eropah dan satu lagi di litar luar rantau itu. Idea tersebut dianggap sesuatu yang baharu dan unik kerana dijangka mampu meningkatkan daya tarik dan menyemarakkan keterujaan penonton mengenai F1.

Sepanjang tiga pusingan itu berlangsung sepanjang tahun, jadual mingguan tradisional F1 akan mengalami perubahan besar. Pusingan Kelayakan biasa akan dianjakkan pada Jumaat bagi memberikan laluan kepada pusingan SQ sepanjang 100km pada tengah hari Sabtu, iaitu keesokan hari.

Bagaimanapun, perlumbaan utama atau final masih berlangsung seperti biasa, iaitu pada Ahad.

Berikut jadual ketiga-tiga pusingan SQ yang akan dilaksanakan kelak:

JUMAAT
  • 60 minit Latihan Bebas Pertama (FP1) pada sesi pagi dengan dua set tayar dan pemilihan bebas untuk setiap pasukan.
  • Pusingan Kelayakan dalam format biasa pada sesi petang dengan lima set tayar lembut sedia ada sahaja.
SABTU
  • 60 minit Latihan Bebas Kedua (FP2) pada sesi pagi dengan satu set tayar dan pemilihan bebas untuk setiap pasukan.
  • 100km pusingan SQ pada sesi petang dengan dua set tayar dengan pemilihan bebas untuk setiap pasukan.
AHAD
  • Perlumbaan final Grand Prix (GP) jarak penuh dengan baki dua set tayar.

Konsep baharu ini menyaksikan jadual biasa pada Sabtu untuk sesi Latihan Bebas Ketiga (FP3) dan pusingan Kelayakan akan berubah untuk tiga perlumbaan nanti.

Pusingan SQ sepanjang 100km akan menentukan kedudukan pelumba di grid untuk perlumbaan final sejauh 300km (jarak tidak berubah). Kedudukan grid mula ditentukan berdasarkan kedudukan pelumba selepas menamatkan pusingan SQ, Sabtu itu.

Lebih menarik lagi, mata akan diberikan kepada tiga pelumba teratas pusingan SQ, iaitu tiga mata untuk grid pertama, dua mata (kedua) dan satu mata (ketiga).

Mengenai pusingan Kelayakan secara normal, iaitu mengikut format kalah mati, ia masih diteruskan dan berlangsung, iaitu pada sesi Jumaat petang. Pusingan Kelayakan biasanya menjadi sesi paling menarik sepanjang musim F1 sebelum ini. Jadi, ia dikekalkan.

Kedudukan pada penamat pusingan Kelayakan akan digunakan untuk menentukan kedudukan petak mula dalam pusingan SQ, sekali gus memberikan kelebihan kepada pelumba grid depan. Ini pasti menambahkan lagi kehangatan perlumbaan berbanding sekadar Latihan Bebas biasa.

Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt berkata;

Saya gembira dapat melihat F1 mencari jalan baharu untuk mengikat hubungan dengan peminatnya dan meluaskan jumlah tontonan untuk minggu perlumbaan melalui konsep Kelayakan Pecutan.

“Ia jadi kenyataan kerana kerjasama berterusan antara FIA, F1 dan semua pasukan.

“F1 menunjukkan kekuatan lebih tinggi berbanding sebelum ini dengan semua pihak berkepentingan bekerjasama dan pelbagai perkara sudah dilakukan untuk memastikan aspek kesukanan, teknikal dan kewangan adil.”

Pihak F1 mengesahkan 10 pasukan, termasuk FIA sebulat suara bersetuju tanpa bantahan untuk meluluskan pelaksanaan pusingan SQ di tiga GP pada Kejuaraan Dunia F1 2021.

Permulaan yang baik untuk idea tersebut adalah peluang setiap pasukan menambah mata daripada tiga sesi kelayakan berkenaan yang pasti akan merancakkan persaingan dalam menentukan juara dunia tahun ini.

SUMBER: WTF1.com

Auto Terkini F1 2021 Formula 1 Formula One (F1) Formula Satu (F1) Roda4 sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.