Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusat Servis 3S dan 4S Capai Kuota 61 Peratus, Proton Siap Sedia Lancar SUV Baharu
Auto Terkini

Pusat Servis 3S dan 4S Capai Kuota 61 Peratus, Proton Siap Sedia Lancar SUV Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Mei tahun lalu, DRB-HICOM Berhad mengumumkan kolaborasi dengan gergasi automotif dari China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) sebagai rakan strategik baharu Proton. Dalam tempoh belum cukup setahun, Proton kini bersedia menghadapi cabaran 2018 dan giat melancarkan inisiatif dalaman dalam usaha memulihkan reputasi pengeluar nasional itu.

Menerusi rakan niaga baharu ini, kedua-dua pengeluar berusaha menaikkan semula jenama Proton. Antara langkah besardilakukan ialah menaik taraf pusat jualan Proton kepada 3S dan 4S. Ia jelas pendekatan 180° dalam sauah memenuhi kepuasan dan pengalaman pemilikan pelanggan selain sebagai persediaan menyambut kedatangan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton.

NAIK TARAF CAPAI KUOTA 61 PERATUS

Logo Baharu ProtonBermula Februari lalu, Proton sudah mengarahkan wakil pengedar menaik taraf pusat jualan masing-masing. Dalam tempoh tiga bulan, Proton turut menawarkan skim naik taraf kepada pengedar dan pelabur baharu yang mahu menaik taraf pusat jualan sedia ada kepada premis berstatus 3S dan 4S.

BACA >>> #PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami…

Menariknya, Sebanyak 82 daripada 170 permohonan berpotensi mendapat kelulusan naik taraf. Sehingga kini, sebanyak 66 permohonan sudah diluluskan, manakala selebihnya masih dalam proses penelitian. Proton berharap dapat mencapai sasaran naik taraf pusat jualan dalam tempoh masa disasarkan seiring pelancaran model SUV baru kelak.

MENGUKUHKAN PROSES DALAM SYARIKAT

Kerjasama sinergi itu turut tertumpu kepada usaha mengoptimumkan proses dan produk syarikat dan pada masa sama mencari tenaga kerja mahir baharu. Daripada pelantikan jawatan ahli industri automotif berpengalaman hingga  pengurusan kanan global utama, Proton memberikan fokus inisiatif terhadap lapan bidang kritikal untuk meraih hasil holistik yang dijangka mempercepatkan proses pemulihan.

BACA >>> Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

Antara inisiatif utama itu ialah:

  • Meningkatkan kualiti secara keseluruhan bagi model sedia ada.
  • Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang diguna pakai Volvo Cars bagi membantu mengenal pasti isu dan menghasilkan skor audit kukuh untuk semua model dengan kualiti pengeluar kereta premium.
  • Menghantar tenaga kerja mahir untuk belajar daripada rakan niaga di China bagi menjana budaya korporat yang lebih bersepadu dan mengembangkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang masing-masing.

PERSEDIAAN KEDATANGAN SUV PERTAMA PROTON

pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue

Sebelum pelancaran SUV baharu pada suku keempat tahun ini, Proton giat menjalankan kerja pembangunan. Model tersebut bakal dilengkapi teknologi termaju seperti pengecaman suara pintar, kamera 360° 3D dan ciri keselamatan terkini seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB)) dan sebagainya.

Sebagai sebahagian daripada kempen pra pelancaran, unit pandu uji SUV dibawa ke cawangan dan premis pengedar terpilih setiap minggu untuk memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan sendiri model SUV itu dengan lebih dekat. Proton turut menjalankan kaji selidik atas talian untuk mencari nama sesuai untuk SUV berkenaan.

Auto Terkini DRB-Hicom Geely Proton Proton Boyue Pusat Jualan Proton pusat servis proton Roda4 SUV Zhejiang Geely Holding Group
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.