Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama
Auto Terkini

Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAH dengar tentang jenama automotif, Lynk & Co? Sebenarnya, jenama itu ialah produk usahama Geely dan Volvo yang dibangunkan untuk mengisikan kekosongan antara jenama automotif China dan Sweden itu.

Apabila menyebut  tentang dua jenama itu, kita pasti sedikit sebanyak sudah tahu apa yang mahu disampaikan. Lawatan wakil pengedar Proton ke China baru-baru ini bukan sekadar menyaksikan teknologi dan fasiliti Geely, tetapi turut diberikan peluang mendekati jenama Lynk & Co.

BACA >>> Jenama Baru Geely – Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Wakil pengedar Proton berkesempatan mengunjungi cawangan Lynk & Co di Shanghai, China. Salah seorang pengedar Proton, Azizulmu’min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd, idea ditampilkan Lynk & Co memang unik dan tampak seperti pusat jualan model yang lengkap ciri gaya hidup.

“Sebaik saja melangkah masuk, ada banyak kejutan seperti singgih ke butik premium di pusat beli-belah. Bukan sekadar jual kereta, tetapi juga memaparkan gaya hidup dan kaitan jenama itu antara pengguna dan Lynk & Co.

“Konsep diketengahkan begitu segar dan jika konsep sama turut diterjemahkan untuk jenama Proton, saya yakin dapat menarik orang ramai. Ada ruang kopi dengan pelbagai gula-gula lolipop berwarna-warni diikat riben dan siap tertera perkataan Lynk & Co. Ada juga butik aksesori yang menjual baju dan topi,” katanya..

STRATEGI PERNIAGAAN TEPAT

Sementara itu, Louis Ng Boon Cheng daripada NHL Automobil Sdn Bhd turut berkongsi pandangan sama. Menurutnya, konsep sebegitu ialah strategi perniagaan yang tepat kerana tidak lagi bergantung kepada aspek jualan kenderaan semata-mata.

“Ini semua mengenai konsep jualan dan rekabentuk, dan menetapkan trend untuk memiliki model Lynk & Co. Saya benar-benar menantikan konsep sama turut digunapakai di Malaysia,” kata Louis.

Razali Ahmad, daripada Erakars Sdn Bhd pula menyatakan suasana bilik pameran yang santai dan ceria, termasuk sudut digital akan memberikan persepsi berbeza kepada pelanggan, terutama ketika melangkah masuk ke bilik pameran.

Ruangan menunggu lapang dan ada pula kafe selesa, semua ini pasti membuatkan pelanggan teruja dan dihargai apabila datang ke sini,” katanya.

GALERI
Auto Terkini Azizulmu'min Mohd Hussain Malim Geely Lawatan Proton Ke China Louis Ng Boon Cheng Lynk & Co Proton Razali Ahmad Roda4 Zhejiang Geely Holding Group
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    BMW M3 40th Anniversary Limited Edition, 40 Unit Termasuk Wagon, Had Laju Naik 280/290 KM/J!

    03/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.