Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusat 4S Honda Terbesar Malaysia Ada di Tebrau, JB
Auto Terkini

Pusat 4S Honda Terbesar Malaysia Ada di Tebrau, JB

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia nampaknya begitu galak mahu menakluk pasaran kenderaan tempatan dan ini boleh dilihat melalui pelancaran demi pelancaran model baharu yang mendapat sambutan hangat seperti BR-V, City dan Civic. Sebagai sokongan kepada permintaan tinggi itu, Honda turut merancang memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat pelanggan mereka.

Honda Malaysia dan Kah Motor Co Sdn Bhd baru-baru ini membuka pusat Honda 4S terbesar di Malaysia. Menariknya, pusat 4S itu bukan terletak di ibu kota Kuala Lumpur, tetapi di Tebrau, Johor Bahru, manakala Kah Motor pula ialah pengedar Honda terbesar di Malaysia. Pembukaan Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Baik Pulih Badan dan Cat itu adalah untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan Honda di wilayah selatan tanah air.

Pembukaan Pusat 4S terbesar itu juga cukup bermakna kerana Honda dan Kah Motor masing-masing menyambut ulang tahun kerjasama mereka yang ke-60 pada tahun ini. Pengasas Kah Motor, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, mendiang Soichiro Honda mula bertemu pada 1957 dan sejak itu sejarah pun tercipta.

Fakta Pembukaan Pusat Honda 4S Tebrau dan Jualan Honda Wilayah Selatan
  • Kos pelaburan RM40 juta merangkumi tanah, bangunan, peralatan dan perabot.
  • Keluasan binaan 142,389 kaki persegi.
  • 37 ruang servis dengan kemampuan ambilan 36,000 kenderaan setahun (100 unit sehari).
  • Ada surau, kafeteria, sambungan Wi-Fi, ruang pelanggan, eksekutif, dan kanak-kanak.
  • Jualan wilayah selatan pada 2016 menyumbang 20 peratus (18,600 unit) kepada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia – 70 peratus jualan adalah dari Johor.
  • Negeri-negeri Selatan menjadi penyumbang jualan kedua terbesar di Malaysia.
  • Model paling laris di Johor ialah Honda City.
  • Ambilan servis kenderaan di Johor pada 2016 lebih 128,000 unit – meningkat 15 peratus berbanding 2015.

Jualan suku pertama Honda Malaysia tahun ini meningkat 45 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pencapaian itu membolehkan Honda mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan keseluruhan di Malaysia dan tempat pertama dalam segmen kenderaan bukan nasional.

Honda Malaysia menguasai 20.5 peratus pasaran Mac 2017, di mana jumlah penguasaan itu adalah pertama kali direkodkan Honda Malaysia, juga rekod pertama dalam sejarah jualan pengeluar automotif dari Jepun itu.

Honda Honda 4S Honda Malaysia Honda Tebrau Pusat 4S Honda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Zulkefle bin Arbain on 11/04/2020 23:30

      Saya nak buat major service honda civic fd 2.0s..model tahun 2008 berapa kos..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.