Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton X70 CKD Rasmi Pasang di Kilang Baharu Proton!
Auto Terkini

Proton X70 CKD Rasmi Pasang di Kilang Baharu Proton!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS setahun dipasarkan di Malaysia, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) kini siap sedia dikeluarkan di kilang baharu Proton di Tanjung Malim, Perak.  Pengeluaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu berjalan seperti mana dijadualkan Proton sebelum ini.

Sejak dilancarkan 12 Disember tahun lalu, SUV segmen-C paling laris di Malaysia itu bakal dipasangkan di kilang baharu Proton yang bernilai RM1.2 bilion. Proton turut bekerjasama dengan pembekal tempatan dan luar negara bagi memastikan stok komponen dan alat ganti mencukupi bagi operasi pemasangan produk pertama X70.

Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata, Proton sekali lagi mencatatkan sejarah dengan mengambil satu langkah ke depan untuk menjadi jenama automotif bertaraf global. Melalui pengeluaran X70 di Tanjung Malim, Proton mengambil langkah besar dalam mengetengahkan kebolehan pengeluar nasional itu.

“Kilang baharu ini bukan saja akan memasang produk-produk baharu yang akan dibangunkan bersama Geely, tetapi berfungsi sebagai pusat pengeluaran bagi model pemanduan sebelah kanan untuk pasaran luar,” katanya.

Sebagai persediaan permulaan operasi pengeluaran, Proton bekerjasama dengan pembekal tempatan supaya seiring syarikat lain yang lebih awal membekalkan komponen untuk X70. Hasil daripada usaha tersebut adalah bentuk tujuh kerjasama baharu antara syarikat tempatan dan luar negara dalam perkongsian kecekapan dan sumber pengeluaran.

Antara tawaran lain yang turut dicapai melalui kerjasama itu adalah perjanjian teknikal dan pelaburan asing bernilai RM263 juta dan peluang pekerjaan 1,084 tenaga kerja. Dengan adanya pembuatan X70 dan  model lain pada masa depan di kilang Tanjung Malim itu, Proton dijangkan membantu membangunkan komuniti pembekal tempatan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, Proton dan pembekal tempatan adalah tunjang dalam industri automotif Malaysia yang menyumbang kepada ekonomi negara.

“Dengan pengenalan pelbagai teknologi baharu yang membantu mengembangkan kecekapan industri,  Kerajaan harap ini membuka peluang buat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi peneraju dalam membekalkan komponen automotif,” katanya.

BACA>>>Proton X70 CKD Lancar Bulan Depan, Bakal Ada Talaan Proton Ride & Handling?

BACA>>>#ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

GALERI
2019 proton x70 Datuk Darell Leiking Datuk Sri Syed Faisal Albar Geely Geely Auto kilang baru proton Proton Proton Tanjung Malim Proton X70 (2020) proton x70 ckd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.