• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 CKD Lancar Bulan Depan, Bakal Ada Talaan Proton Ride & Handling?

Proton X70 CKD Lancar Bulan Depan, Bakal Ada Talaan Proton Ride & Handling?

November 27, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton x70INI berita terbaharu kami terima tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70. Menurut sumber rapat kami, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) bakal diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan Disember. 

Walaupun ada berita yang menyatakan pelancaran Proton X70 CKD akan ditangguhkan tahun depan susulan stok versi diimport sepenuhnya (CBU) masih banyak, namun sebaliknya kami terima. 

Menurut sumber terdekat PanduLaju, X70 CKD dari kilang Proton Tanjung Malim, Perak itu bakal dilancarkan pertengahan Disember depan. Lebih tepat, 13 Disember 2019. 

Menariknya, model versi CKD ini akan didatangkan dengan ciri but elektrik, malah kami turut dimaklumkan Geely memberikan kebenaran kepada pasukan jurutera Proton untuk menala semula sistem suspensi SUV itu dengan ciri Proton Ride & Handling. Wow!

Persoalannya, adakah Proton X70 CKD bakal menerima enjin baharu iaitu 1.5L TGDI bersama kotak gear transmisi 7-kelajuan DCT. Bagaimanapun, ia masih lagi jadi tanda tanya. 

Yang pasti, kami menjangkakan Proton X70 CKD akan menjadi model pertama menggunakan logo baharu Proton yang dilancarkan pada September lalu. 

BACA >>> Proton X70 Edisi Merdeka Diperkenalkan, Hanya Terhad 62 Unit, Harga RM126k

PROTON X70 MEDIA DRIVE-9
PROTON X70 MEDIA DRIVE-8
PROTON X70 MEDIA DRIVE-5
PROTON X70 MEDIA DRIVE-12
PROTON X70 MEDIA DRIVE-7
PROTON X70 MEDIA DRIVE-2

MENGENAI PROTON X70

Sedikit maklumat mengenai Proton X70 versi CBU dari China, ia mengunakan enjin 1.8TGDi @ Turbocharged Gasoline Direct Injection berkuasa dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 182hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,700-4,400rpm). Kotak gear pula jenis automatik 6-kelajuan, siap dengan mod manual dan boleh pilih hendak beli varian 2WD atau AWD.

Antara ciri standard diberikan untuk semua varian ialah infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1).

Slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.

Malah, ciri paling moden ialah arahan suara GKUI, diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 yang membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca, dan pengecaman suara.

Ciri keselamatan standard untuk semua varian pula ialah 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

BACA >>> GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?

Pandu Uji Proton X70BERAPA HARGA PROTON X70 CKD

Persoalan lebih penting, apakah Proton X70 CKD akan dijual lebih murah berbanding versi CBU? Jika ya, berapa anggaran harga akan turun? Sama-sama kita nantikan! Apa pasti, Proton X70 CKD bakal temui anda tidak lama lagi.

BACA >>> 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Proton X70
BACA >>> Adakah Ini Proton X70 Versi CKD? Bakal Guna Enjin 1.5L TGDI 7-Kelajuan DCT?

Artikel Berkaitan

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga proton x70 ckd, proton suv, proton x70 cbu, proton x70 ckd, SUV Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my