Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!
Auto Terkini

Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!

Han OthmanBy Han Othman29/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON menetapkan sasaran 100,000 unit jualan untuk 2020, termasuk menjadi pengeluar automotif nombor satu Malaysia.

Kenyataan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dalam majlis penyampaian hadiah untuk cabaran pemasaran Proton bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV), X70.

Proton mencatatkan peningkatan jualan memberangsangkan tahun ini dengan hanya ketinggalan beberapa ratus unit di belakang Honda setakat penggal pertama tahun ini. Malah, tanpa berselindung, Proton mensasarkan mahu merampas kedudukan Perodua sebagai pengeluar nombor satu di Malaysia.

BACA >>> Proton Jual 7,615 Kereta Sepanjang Jun 2019, Kedudukan No. 2 untuk 3 Bulan Berturut-turut

“Sasaran kami ialah jadi pengeluar kereta nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di Asean.

“Sesetengah orang ketawa, tetapi lihatlah pada keputusan – tahun lalu kami berada di nombor empat, bermula April tahun ini kami sudah nombor dua. Mungkin tahun depan kami boleh jadi nombor satu untuk satu bulan!” kata Dr Li.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Proton menetapkan beberapa sasaran jangka pendek. Pertama, mensasarkan jualan lebih 100,000 kenderaan tahun depan, yang dijangka dicapai menerusi pengenalan model SUV kecil, dilaporkan berasaskan model Geely Binyue dengan nama tempatan X50.

Dr Li berkata, pertumbuhan positif pada penggal pertama tahun ini menjadi bukti bahawa sasaran yang mahu dicapai Proton adalah dalam jangkauan. Jualan kenderaan Proton dilaporkan melonjak 59.1 peratus, atau 60.55 peratus menurut data jualan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

Proton turut merancang mencapai keputusan terbaik dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan JD Power’s (CSI) dan kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) di Malaysia menerusi rangkaian jualan dan perkhidmatan di 150 Pusat 3S dan 4S seluruh Malaysia.

Auto Terkini Dr. Li Chunrong jualan proton 2019 Proton Proton Holding Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.