Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Saga Rampas Takhta Sedan Segmen-A Paling Laris!
Auto Terkini

Proton Saga Rampas Takhta Sedan Segmen-A Paling Laris!

Han OthmanBy Han Othman03/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencatatkan prestasi jualan membanggakan apabila model Saga memecahkan rekod jualan 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan 4,091 unit terjual sepanjang November lalu.

Rekod tersebut membolehkan model baharu Proton itu kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen-A dengan jualan 34,422 unit setakat 2019. Pertumbuhan jumlah mencatatkan kadar 32 peratus, juga terbaik berbanding mana-mana model segmen-A lain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, Saga adalah kejayaan besar buat Proton sejak dilancarkan pada Ogos lalu kerana dalam tempoh empat bulan saja, Proton mendapat lebih 35,000 tempahan.

“Ini cabaran buat kami untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan kami juga sudah mengadakan perbincangan rapi dengan pembekal dalam usaha meningkatkan lagi volum tahun depan,” katanya.

BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

KEJAYAAN SEPANG 1000KM TARIK PERHATIAN

Selain tawaran nilai, prestasi dinamik terkemuka dan ciri komprehensif dimiliki, Saga turut menarik perhatian pembeli menerusi pencapaian diraih divisyen perlumbaan pengeluar itu dalam kejuaraan enduran Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.

Dalam aksi S1K hujung bulan lalu, pasukan Proton R3 merangkul podium pertama, kedua dan ketujuh yang mana dua daripada tiga jentera yang bertanding adalah Saga (2019) baharu.

BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!

Dr Li berkata lagi, perlumbaan S1K memang sukar kerana memerlukan gabungan kelajuan dan ketahanan yang konsisten. Apa dicapai Proton R3 begitu baik dalam mempersiapkan jentera lumba yang mana prestasi hebat yang ditonjolkan menjadi bukti Saga memiliki segala untuk menjadi pesaing dalam acara perlumbaan terkemuka Malaysia.

“Apa yang kami pelajari di litar perlumbaan ini dikongsi bersama dengan barisan pereka dan jurutera Proton supaya pelanggan- pelanggan kami juga memperoleh kelebihan daripada kejayaan kami dalam sukan permotoran ini,” katanya.

Auto Terkini Dr. Li Chunrong Jualan Proton Saga November 2019 Proton Proton Saga proton saga 2019 Sedan Sedan Segmen-A Sepang 1000KM Sepang 1000KM (S1K)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.