Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan
Auto Terkini

Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan

Han OthmanBy Han Othman26/05/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SURATAN dalam kebetulan, divisyen prestasi, Proton R3 yang sinonim dengan sukan permotoran tempatan dan antarabangsa bakal menamatkan operasi pada penghujung bulan ini. Kebetulan pula berita penutupan tersebut dibuat beberapa hari selepas Proton mengumumkan kerjasama rakan strategik asing dengan pengeluar automotif China, Geely, kelmarin – 24 Mei.

Sepanjang penubuhan, R3, yang merujuk kepada Race.Rally.Racing, memang cukup terkenal dan disegani di kalangan peminat sukan perlumbaan di Malaysia dan Asia. Malah, R3 turut mengeluarkan aksesori aftermarket bagi kereta-kereta penumpang Proton, termasuk melancarkan model penuh versi talaan semula seperti Satria Neo dan Proton Satria Neo, serta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing.

Kelibat jentera R3 turut menggegarkan pentas perlumbaan dengan pelbagai catatan kejayaan dalam Kejohanan Rali Asia-Pasifik (APRC), Cabaran Rali Antara Benua (IRC) dan pelbagai siri kejohanan tempatan seperti sukan lumba enduran dan rali. Malah, R3 turut berjaya menembus masuk arena permotoran Jepun susulan pembangunan dan pencapaian yang dicapai dalam APRC menerusi Neo S2000 dan Satria Neo 1.6L Campro.

KEKURANGAN BAJET JADI PUNCA

Menurut orang kuat R3, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dipetik sumber Mekanika Malaysia, penutupan operasi R3 adalah disebabkan kekangan bajet dan tiada kaitan dengan kerjasama strategik Proton-Geely. Katanya lagi, keputusan tersebut sudah dirancang lama berikutan kekurangan bajet untuk operasi dan jualan yang perlahan kebelakangan ini.

Proton perlu mengutamakan bajet mereka dalam operasi teras. R3 tidak lagi dalam senarai keutamaan Proton berikutan jualan yang tidak menentu. Ini yang terbaik buat masa ini, memang keputusan sukar, tapi kami melihatnya dari sudut positif.”

– Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel

Masa depan R3 kini terletak kepada rakan strategik baru Proton sama ada Geely berminat meneruskan operasi divisyen itu dengan suntikan dana dan pelan hala tuju baru, ataupun dibiarkan berakhir begitu saja menjadi sebahagian sejarah permotoran Malaysia. :'(

KREDIT FOTO: ProtonMotorsports

Auto Terkini Proton R3 Proton R3 tutup operasi Proton Satria Neo R3 Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton Satria R3
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026

1 Comment

  1. cps on 26/05/2017 15:18

    Geely dipunyai oleh bisnesman, jika R3 boleh membawa pulangan, sudah pasti divisien R3 akan diteruskan.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.