Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton R3 Perkenal Barisan Pelumba untuk Sepang 1000km (S1K)
Auto Terkini

Proton R3 Perkenal Barisan Pelumba untuk Sepang 1000km (S1K)

SyafieBy Syafie30/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN Proton R3 secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba mereka yang bakal berentap dan mengambil bahagian dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K), pada November ini.

Terdapat empat pemandu yang telah dipilih oleh Proton R3 untuk memandu jentera baharu bagi perlumbaan kali ini iaitu dua unit Proton S70 R3. Pelumba-pelumba itu juga telah dipecahkan kepada dua kumpulan terdiri daripada dua pemandu senior dan dua pemandu junior.


Berikut perincian pemandu-pemandu S70 R3 S1K:

Kereta Nombor 81

  • Syafiq Ali, 37
  • Fahrizal Hasan, 43

Kereta Nombor 82

  • Ariff Azmi, 18
  • Alister Yoong, 21

Berdasarkan rekod dan pencapaian setiap pemandu ini juga dilihat sangat baik serta mempunyai potensi untuk merangkul kejuaraan yang ke-6 selepas tiga tahun Proton R3 tidak terlibat dalam perlumbaan S1K.

Gadingan untuk kereta 81 juga terlihat mempunyai peluang besar untuk bergelar juara kerana kereta itu bakal dipandu oleh Syafiq yang merupakan bekas juara S1K sebanyak tiga kali serta pasangannya, Fahrizal juga bekas juara untuk perlumbaan MSF Champion bagi kategori yang berbeza.

Dalam kereta 82 pula akan dipandu oleh Ariff yang merupakan pemandu paling muda dalam Proton R3 dan pasangannya Alister iaitu anak kepada bekas pemandu F1 Malaysia, Alex Yoong.

Dalam temubual bersama PanduLaju, Alister Yoong berkata:

Ini merupakan perlumbaan kategori MTC pertama saya, semestinya saya sangat dahagakan kemenangan lebih-lebih lagi dalam debut pertama bersama Proton R3 kali ini.”

“Walaupun sebelum ini saya banyak fokus dalam perlumbaan F4 dan F3, ia tidak menjadi masalah untuk saya beradaptasi menggunakan kereta sedan seperti Proton S70 R3.”

“Jika dibandingkan dengan kereta formula, bagi saya kereta ini mempunyai kelebihan darisegi berat dan juga sistem brek yang mempunyai ABS, jadi tidak susah untuk saya mengawal atau menekan brek terlalu kuat ketika berada pada selekoh tajam.

Perlumbaan S1K ini mempunyai 181 pusingan yang perlu dilengkapkan dengan anggaran masa selama 8 jam dan bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Setakat ini, Proton R3 mempunyai rekod cemerlang dengan memegang gelaran juara sebanyak lima kali pada 2012, 2014, 2017, 2018, dan 2019.

Litar Antarabangsa Sepang Proton Proton R3 Proton S70 R3 Sepang 1000KM (S1K)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.