Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Mula Operasi CKD Saga di Mesir
Auto Terkini

Proton Mula Operasi CKD Saga di Mesir

SyafieBy Syafie10/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI meluaskan pasaran kereta nasional ke persada dunia, Proton mengumumkan permulaan operasi pemasangann tempatan (CKD) dengan menghantar 120 unit pek CKD Proton Saga pemanduan sebelah kiri (LHD) ke Mesir.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Jualan eksport adalah salah satu bidang tumpuan penting bagi Proton dalam usaha kami mencapai matlamat jangka panjang.

“Memandangkan pasaran automotif Malaysia mencapai tahap tepu semula jadinya, potensi pertumbuhan volum akan datang dari pasaran luar negara yang mana permintaan pengguna dijangka meningkat pada masa akan datang. Penambahan operasi CKD di Mesir menambahkan jumlah kilang yang terlibat dalam aktiviti CKD dan SKD untuk Proton di luar Malaysia kepada lima.”

Sejak 2004, Proton hadir di pasaran automotif Mesir bersama rakan kongsi, Ezz Elarab dan secara keseluruhan hampir 17,000 unit import (CBU) dieksport ke negara tersebut.

Pada 2024, dianggarkan 1,400 unit dihantar ke Mesir dengan CKD yang disasarkan bermula pada Disember ini di kilang pemasangan Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF), manakala volum pada 2025 juga dijangka meningkat kepada 5,000 unit Proton Saga.


Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata;

Proses CKD Proton Saga di Mesir membolehkan syarikat memenuhi matlamat Kerajaan Mesir untuk mengehadkan bilangan import CBU ke negara tersebut sambil juga menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan.”

“Ini seterusnya mencipta potensi peluasan kapasiti lebih besar di negara tersebut pada masa depan, terutama selepas kami melancarkan model baharu untuk mencapai matlamat bagi menjadikan Mesir pusat eksport kenderaan Proton di rantau Afrika Utara.”

Bagi tiga tahun pertama hingga akhir 2026, pendapatan diperoleh Proton daripada eksport CKD ke Mesir dianggarkan RM570 juta, dengan tambahan RM20 juta dijangka sebagai pendapatan daripada aktiviti eksport alat ganti.

Proton ialah pengeksport utama kenderaan di Malaysia dan walaupun volum semasa kami kira-kira 3 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan angka tersebut dengan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama.

“Contohnya, Proton bekerjasama dengan vendor untuk mengurangkan kos komponen sambil menjemput mereka bekerjasama dengan syarikat negara lain untuk membangunkan rantaian bekalan bagi aktiviti pengeluaran luar negara kami.

“Ini akan memberikan pulangan jangka panjang bukan saja untuk syarikat dan vendor, tetapi juga pembangunan industri automotif bagi pasaran luar,” kata Steven.

Auto Terkini Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) Proton Proton Saga Proton Saga CKD Mesir
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.