Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

SyafieBy Syafie04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

KONTRAKTOR utama projek LRT3 Shah Alam berdepan denda Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM474.8 juta setakat 31 Disember 2025 susulan kelewatan penyiapan projek tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah itu dikira berdasarkan kadar LAD harian sebanyak RM2.7 juta yang dikenakan kepada kontraktor utama projek berkenaan.

Menurut beliau, kiraan tersebut dibuat bermula selepas tamat tempoh Lanjutan Masa (EOT) No.2 pada 10 Julai 2025, dengan jumlah kelewatan direkodkan sebanyak 174 hari sehingga 31 Disember 2025.

Kontraktor Dimaklumkan Mengenai Penalti

Anthony Loke berkata pihak kontraktor utama sudah dimaklumkan mengenai jumlah LAD yang dikenakan dan memberi jaminan kepada Prasarana Malaysia Berhad untuk menyelesaikan isu berkaitan projek dalam tempoh terdekat.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengenai jumlah penalti yang dikenakan terhadap kontraktor Setia Utama LRT3 Sdn Bhd kerana tidak menyiapkan projek mengikut jadual.

Kelewatan Libatkan Sistem Semboyan, Ujian Tren

Menurut Anthony, kelewatan projek bukan sahaja berpunca daripada kegagalan pembekal sistem semboyan iaitu Siemens menyediakan perisian mengikut jadual, tetapi turut melibatkan beberapa faktor teknikal lain.

Antaranya termasuk kelewatan ujian kritikal sistem komunikasi, ujian integrasi sistem (SIT) serta beberapa kegagalan semasa ujian Larian Tanpa Gagal (FFR).

Bagaimanapun, beliau berkata fokus utama ketika ini adalah menyelesaikan baki ujian FFR melibatkan lapan set tren sebelum laluan tersebut boleh beroperasi sepenuhnya.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) Kementerian Pengangkutan (MOT) LRT3 Shah Alam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.