Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Program Subsidi Bersasar Laksana Sepenuhnya Tahun Depan!
Auto Terkini

Program Subsidi Bersasar Laksana Sepenuhnya Tahun Depan!

Han OthmanBy Han Othman11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN bakal melaksanakan Program Subsidi Bersasar sepenuhnya bermula tahun depan selepas maklumat sosio ekonomi isi rumah negara ini lengkap dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, PADU dijangka melalui tempoh percubaan bermula November ini sebelum dibuka kepada orang ramai menjelang Januari 2024.

Menurutnya, keutamaan Kerajaan adalah memastikan PADU lengkap dengan data diperlukan bagi memastikan tiada risiko keciciran.

Selepas PADU diuji dan disahkan, dengan kita mencapai sasaran maklumat isi rumah sudah berada sepenuhnya dalam sistem, ia akan membolehkan Kerajaan membuat keputusan bila subsidi bersasar boleh dimulakan.

“Apabila PADU sudah beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024, pandangan saya Insya-Allah. proses ini akan mula dilaksanakan.

“Program Subsidi bersasar akan bermula tahun 2024,” kata Rafizi dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen, hari ini

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Rafizi menjelaskan, mekanisme perlaksanaan subsidi bersasar adalah sama ada menerusi pindahan tunai, pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak. Semua mekanisem berkenaan akan diputuskan semasa ke semasa.

Keutamaan kita sekarang adalah maklumat sosio ekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam PADU.

“Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam,” katanya.

SUMBER: Bernama | SinarHarian

Auto Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Ekonomi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Pangkalan Data Utama (PADU) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) RMK12 Sistem PADU Subsidi Bersasar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
Roda4

Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

24/07/2026
Roda4

BMW M2 CS 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.