Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Produk Krom Keemasan Rai Ulang Tahun Honda Australia yang ke-50
Aksesori

Produk Krom Keemasan Rai Ulang Tahun Honda Australia yang ke-50

Abang HirataBy Abang Hirata18/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA perkara yang wajib dibuat pengeluar automotif Jepun selepas Perang Dunia Kedua ialah eksport luar negara. Ini kerana Negara Matahari Terbit itu perlu dibangunkan semula akibat kesan perang, selain membentuk skala ekonomi.

Mesin-mesin mahal yang dibeli perlu mendapat pulangan modal dan keuntungan harus dijana. Salah satu syarikat yang aktif dalam industri eksport ialah Honda yang mendapat banyak negara dunia amat memerlukan teknologi dan pengangkutan pasca perang bagi membangunkan ekonomi masing-masing.

BACA >>> #RetroAuto: Holden – Sejarah Kereta Nasional Australia dan Masa Depan yang Tidak Pasti

Pada masa itu, ramai usahawan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Soichiro Honda selaku pengasas syarikat. Antara usahawan itu ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dengan membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia. Hubungan yang dijalin puluhan tahun itu masih kekal hingga sekarang walaupun kedua-dua tokoh tersebut sudah meninggal dunia.

HONDA DI AUSTRALIA

Lain pula cerita di Australia. Pada era 50-an, produk buatan Honda banyak diimport dan diedarkan syarikat persendirian. Sistem ini berterusan hingga Honda Motor Company Jepun menghantar Hidehiko Shiomi ke Melbourne untuk menubuhkan wakil pengedar Honda yang seragam di negara kanggaru itu. Kini, pada 4 Februari lalu, genaplah 50 tahun operasi rasmi Honda di Australia.

Sejak 50 tahun lalu, jutaan pengguna Australia ditawarkan pelbagai produk Honda daripada motosikal, mesin potong rumput, enjin bot hingga kereta.

BACA >>> #RetroAuto: Soichiro Honda – Bermula Cuma Motosikal, Kini Gergasi Automotif Dunia

Bagi meraikan ulang tahun setengah abad tersebut, Honda Australia menampilkan projek khas melibatkan model prestasi ikonik jenama itu. Projek tersebut ringkas saja, tetapi berimpak tinggi, iaitu membalut kenderaan dan produk Honda dengan pelekat krom keemasan.

Berikut Kenderaan dan Produk Projek Khas Aniversari Honda Australia ke-50:

  • NSX – Supercar hibrid sempena kereta sport ikonik, NSX.
  • Civic Type R – Hatchback prestasi tinggi.
  • CBR1000RR Fireblade – Superbike.
  • CRF450L – Motosikal enduro.
  • CRF50F – Motosikal kanak-kanak.
  • HRU19 Buffalo Premium – Mesin rumput yang direka dan dipasang di Australia.
  • Generator EU22i – Mesin generator senyap paling laris di dunia.

Walaupun projek dibuat sempena meraikan aniversari secara one-off, Honda Australia akan menggunakan semua produk itu sepanjang tahun dalam program bersama pelanggan, juga sebagai penghargaan.

Bagi projek ini, Honda Australia berkerjasama dengan pakar balutan dari Melbourne, Vinyl Wraps and Graphics. Filem krom keemasan digunakan bersama filem satin bagi menaikkan kilauan dan menyerlahkan pantulan serta menghasilkan kemasan dan perubahan tona mengikut kesan pencahayaan.

Hasilnya memang menarik kilauan krom keemasan yang cukup memukau!

BACA >>> #TunggangUji: Honda CB250R – Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

GALERI
Boon Siew Honda Hidehiko Shiomi Honda Honda Australia Honda Japan Loh Boon Siew Ulang Tahun ke-50 Honda Australia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.