Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Prima Pramac Yamaha MotoGP Lancar Liveri Baharu YZR-M1 V4
MotoGP

#MotoGP2026: Prima Pramac Yamaha MotoGP Lancar Liveri Baharu YZR-M1 V4

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4

PASUKAN Prima Pramac Yamaha MotoGP mencuri tumpuan sebagai pasukan pertama mengadakan pelancaran rasmi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2026.

Acara penuh gaya itu berlangsung di Siena, Itali, di lokasi berprestij Accademia Musicale Chigiana terletak berhampiran Piazza del Campo sebagai pentas mendedahkan liveri baharu pasukan berkenaan.

Acara tersebut menghimpunkan barisan pelumba, pengurusan pasukan dan wakil Yamaha, sekali gus menandakan permulaan rasmi musim 2026.

Pelancaran itu bukan sekadar memperkenalkan warna jentera, tetapi melambangkan fasa penting hala tuju teknikal Yamaha dalam MotoGP.

Revolusi Enjin V4 Yamaha

Yamaha YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4

Musim 2026 membuka era baharu buat Yamaha YZR-M1 apabila pengeluar Jepun itu secara rasmi beralih daripada enjin 4-silinder sebaris kepada konfigurasi V4 serba baharu.

Prototaip V4 itu membuat debut perlumbaan MotoGP di GP San Marino 2025 menerusi pelumba uji pasukan pengilang itu, Augusto Fernández.

Selepas prestasi meyakinkan, jentera itu diuji lanjut di Sepang dan Valencia sebelum kedua-dua pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha MotoGP membuat ujian menyeluruh dalam sesi pasca musim di Valencia.

Peralihan ini menandakan komitmen Yamaha untuk kembali kompetitif di barisan depan MotoGP.

Spesifikasi YZR-M1 V4

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu

Yamaha YZR-M1 V4 2026 dikuasakan enjin 1000cc 4-silinder V4 penyejukan cecair, dengan output kuasa kebih 275hp.

Jentera prototaip itu digandingkan suspensi Öhlins di depan dan belakang, dengan sistem brek cakera karbon Brembo serta casis aluminium kembar Delta Box.

Sebagai perbandingan, versi terdahulu YZR-M1 dengan enjin 4-silinder sebaris menghasilkan output kuasa lebih 270hp dan menjadi ikon bersama legenda Valentino Rossi.

Hubungan legenda antara Rossi dan M1 bermula pada 2004, termasuk kemenangan debut di Welkom dan empat kejuaraan dunia MotoGP sepanjang sembilan musim.

Barisan Pelumba 2026

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu

Tumpuan utama pelancaran sudah tentu kepada Jack Miller (#43) dan rakan sepasukan baharu, Toprak Razgatlioglu (#07).

Miller hadir sebagai pelumba berpengalaman, manakala Toprak mencipta sejarah sebagai pelumba Turki pertama beraksi dalam kelas perdana MotoGP.

Dikenali dengan gaya tunggangan agresif, peralihan Toprak dari Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) ke MotoGP dijangka menjadi antara tarikan utama musim 2026.

Miller pula kekal tonggak penting, khususnya dalam aspek pembangunan jentera dan konsistensi prestasi.

Projek Jangka Panjang Pramac – Yamaha

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4

Musim 2026 turut menandakan ulang tahun ke-25 Prima Pramac di MotoGP dan 60 tahun Pramac sebagai jenama. Kerjasama teknikal dengan Yamaha, yang bermula pada 2025, kini memasuki tahun kedua dengan fokus jelas terhadap pembangunan jangka panjang.

Sebagai pasukan pengilang kedua Yamaha, Prima Pramac memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan pembangunan YZR-M1 V4. Objektif bersama kekal untuk membawa projek ini kembali ke kedudukan sewajarnya.

Kestabilan, Sokongan Pasukan

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4

Struktur pengurusan pasukan kekal stabil bagi musim 2026, dengan Paolo Campinoti sebagai Prinsipal Pasukan dan Gino Borsoi selaku Pengarah Pasukan. Kestabilan itu dilihat sebagai kekuatan utama dalam menghadapi cabaran era teknikal baharu.

Firma insurans digital dari Itali, Prima Assicurazioni turut meneruskan peranan sebagai penaja utama dalam memberikan sokongan berterusan kepada projek jangka panjang bersama Yamaha. Gabungan pengalaman, kestabilan dan hala tuju teknikal jelas menjadi asas keyakinan pasukan tersebut.

Keyakinan Pelumba, Pengurusan

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller

Miller menyifatkan penggunaan enjin V4 sebagai lembaran baharu yang penuh keterujaan, sambil menegaskan kepentingan kesinambungan bersama pasukan sama. Toprak pula menekankan fokus pembangunan dan penyesuaian sebagai keutamaan pada musim debut di MotoGP.

Pihak pengurusan Yamaha dan Pramac sebulat suara melihat projek itu sebagai pelaburan jangka panjang.

Dengan komitmen penuh daripada semua pihak, Prima Pramac Yamaha MotoGP optimis laluan ke barisan depan MotoGP kini sedang dibina, selari semangat ‘Rev Your Heart’ Yamaha.

SUMBER: MotoGP

Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Jack Miller
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4 | Toprak Razgatlioglu
2026 MotoGP Jack Miller Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 pelumba motogp Prima Pramac Yamaha MotoGP Toprak Razgatlioglu Yamaha Racing Yamaha V4 Yamaha YZR M-1 V4 (2026) Yamaha YZR-M1 (2026)
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.