Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Subaru WRX & WRX STI (2014)
Roda4

PREVIU: Subaru WRX & WRX STI (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1210570YEAHH!!.. Subaru WRX dan WRX STI, jentera sports yang amat dinanti-nantikan sudah tiba di Malaysia. Kehadiran kedua-dua model ini pasti menggembirakan penggemar jenama Jepun itu yang sinonim dengan kuasa prestasi tinggi.

Bagi peminat Kejohanan Rali Dunia (WRC), nama WRX pasti tidak lekang dalam ingatan walaupun Subaru sudah menarik diri dalam siri kejohanan tersebut pada 2008. Paling diingati sudah tentu legenda Impreza yang meraih banyak kejuaraan dalam pelbagai siri rali dunia.

Tidak mahu mengecewakan peminatnya, Subaru menerusi pengedar di Malaysia, Motor Image Malaysia tampil menerusi pengenalan Subaru WRX dan WRX STI, baru-baru ini.

P1210626P1210557   P1210554Berbanding versi terdahulu, kedua-dua model ini lebih mengutamakan aspek kemewahan, keselesaan dan kehalusan rekabentuk ke satu tahap yang baharu. Ia direka semula dan menjadikan ia tampak lebih agresif selain digabungkan bersama casis yang lincah.

Melihat keseluruhan sosok badan, rekabentuk luaran kedua-dua model ini adalah hampir sama. Tidak banyak beza antara dua beradik ini melainkan padanan ‘jantung’ di bawah hudnya.

P1210549

P1210636WRX

Masih lagi mengekalkan platform enjin boxer turbo yang digandingkan sistem All-Wheel Drive (AWD), Subaru WRX dibekalkan unit enjin Boxer suntikan terus turbo (DIT) bersesaran 2.0L.

Hasil padanan transmisi automatik 6-kelajuan Lineartronic bersama mod manual, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 266hp pada 5,600rpm dan tork puncak 350Nm(2,400-5,200rpm).

Bagi menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan, Subaru WRX turut disokong oleh ciri SI-Drive yang menawarkan tiga mod pemanduan; Intelligent, Sports dan Sport. Dengan ini, ia dapat memberikan tiga tahap pemanduan yang berbeza dari aspek respon prestasi dan penggunaan bahan api. Untuk tampak lebih garang, ruangan roda dihiasi rim aloi bersaiz 17 inci yang ‘dipadankan’ dengan tayar 235/45 jenama DUNLOP.

Bukan sekadar menarik pada luaran, elemen sporty jelas terserlah pada segenap ruangan dalaman melalui panel meter dan peningkatan rekaan kabin lebih selesa.

Keselesaan dan kemewahan diserlahkan menerusi penggun aa material berkualiti tinggi selain padanan tempat duduk jenis bucket bersama jahitan benang berwarna merah. Lebih menarik, konsol tengah dipenuhi butang kawalan dengan kemasan besi dan karbon yang direka khas bagi membuatkan ia tampak elegan.

P1210594P1210590   P1210605P1210584

WRX STI

Sekiranya mahukan jentera sport lebih berkuasa berbanding Subaru WRX, apa kata pilih saja ‘abangnya’, Subaru WRX STI yang penuh dengan kuasa. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kedua-dua model ini dibezakan dengan unit enjin berlainan. Bagi WRX STI, jentera ini tampil dengan enjin Boxer bersesaran 2.5L. Hasil gabungan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa 300hp pada 6,000rpm dan tork 407Nm(4,000rpm).

Berbanding ‘adiknya’, WRX STI hadir dengan rekabentuk lebih menarik. Ia dipadankan dengan bampar hadapan, spoiler belakang dan skrit sisi. Kesemuanya hadir bersama lencana STI.

Ruangan roda turut menerima perubahan menerusi penggunaan rim aloi 18 inci berwarna hitam Gin-Metallic bersama padanan tayar DUNLOP Sport MAXX bersaiz 245/40.

P1210573P1210575  P1210578  P1210582  P1210585Ruang dalam pula, padanan warna merah dan hitam memenuhi keseluruhan ruangan kabin. Ia menampilkan tempat duduk sport bucket dan pedal sport dengan jahitan benang merah. Jika anda berada di dalam, pasti dapat merasai aura berada dalam sebuah jentera sport yang dipenuhi ledakan kuasa. Mudah kata, ia tampak ringkas, menarik dan elegan.

Aspek keselamatan, kedua-duanya dilengkapi tujuh beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Pemula Pendakian (HSA) dan ISOFIX.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans, Subaru WRX dijual pada harga RM229,800 dan RM269,800 bagi WRX STI. Pengguna ditawarkan tujuh pilihan warna menarik; Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Galaxy Blue Silica, WR Blue Pearl, Lightning Red, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Kejohanan Rali Dunia Motor Image Malaysia Subaru WRX Subaru WRX STI WRC
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.