• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Subaru WRX & WRX STI (2014)

PREVIU: Subaru WRX & WRX STI (2014)

August 15, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1210570YEAHH!!.. Subaru WRX dan WRX STI, jentera sports yang amat dinanti-nantikan sudah tiba di Malaysia. Kehadiran kedua-dua model ini pasti menggembirakan penggemar jenama Jepun itu yang sinonim dengan kuasa prestasi tinggi.

Bagi peminat Kejohanan Rali Dunia (WRC), nama WRX pasti tidak lekang dalam ingatan walaupun Subaru sudah menarik diri dalam siri kejohanan tersebut pada 2008. Paling diingati sudah tentu legenda Impreza yang meraih banyak kejuaraan dalam pelbagai siri rali dunia.

Tidak mahu mengecewakan peminatnya, Subaru menerusi pengedar di Malaysia, Motor Image Malaysia tampil menerusi pengenalan Subaru WRX dan WRX STI, baru-baru ini.

P1210626P1210557   P1210554Berbanding versi terdahulu, kedua-dua model ini lebih mengutamakan aspek kemewahan, keselesaan dan kehalusan rekabentuk ke satu tahap yang baharu. Ia direka semula dan menjadikan ia tampak lebih agresif selain digabungkan bersama casis yang lincah.

Melihat keseluruhan sosok badan, rekabentuk luaran kedua-dua model ini adalah hampir sama. Tidak banyak beza antara dua beradik ini melainkan padanan 'jantung' di bawah hudnya.

P1210549

P1210636WRX

Masih lagi mengekalkan platform enjin boxer turbo yang digandingkan sistem All-Wheel Drive (AWD), Subaru WRX dibekalkan unit enjin Boxer suntikan terus turbo (DIT) bersesaran 2.0L.

Hasil padanan transmisi automatik 6-kelajuan Lineartronic bersama mod manual, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 266hp pada 5,600rpm dan tork puncak 350Nm(2,400-5,200rpm).

Bagi menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan, Subaru WRX turut disokong oleh ciri SI-Drive yang menawarkan tiga mod pemanduan; Intelligent, Sports dan Sport. Dengan ini, ia dapat memberikan tiga tahap pemanduan yang berbeza dari aspek respon prestasi dan penggunaan bahan api. Untuk tampak lebih garang, ruangan roda dihiasi rim aloi bersaiz 17 inci yang 'dipadankan' dengan tayar 235/45 jenama DUNLOP.

Bukan sekadar menarik pada luaran, elemen sporty jelas terserlah pada segenap ruangan dalaman melalui panel meter dan peningkatan rekaan kabin lebih selesa.

Keselesaan dan kemewahan diserlahkan menerusi penggun aa material berkualiti tinggi selain padanan tempat duduk jenis bucket bersama jahitan benang berwarna merah. Lebih menarik, konsol tengah dipenuhi butang kawalan dengan kemasan besi dan karbon yang direka khas bagi membuatkan ia tampak elegan.

P1210594P1210590   P1210605P1210584

WRX STI

Sekiranya mahukan jentera sport lebih berkuasa berbanding Subaru WRX, apa kata pilih saja 'abangnya', Subaru WRX STI yang penuh dengan kuasa. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kedua-dua model ini dibezakan dengan unit enjin berlainan. Bagi WRX STI, jentera ini tampil dengan enjin Boxer bersesaran 2.5L. Hasil gabungan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa 300hp pada 6,000rpm dan tork 407Nm(4,000rpm).

Berbanding 'adiknya', WRX STI hadir dengan rekabentuk lebih menarik. Ia dipadankan dengan bampar hadapan, spoiler belakang dan skrit sisi. Kesemuanya hadir bersama lencana STI.

Ruangan roda turut menerima perubahan menerusi penggunaan rim aloi 18 inci berwarna hitam Gin-Metallic bersama padanan tayar DUNLOP Sport MAXX bersaiz 245/40.

P1210573P1210575  P1210578  P1210582  P1210585Ruang dalam pula, padanan warna merah dan hitam memenuhi keseluruhan ruangan kabin. Ia menampilkan tempat duduk sport bucket dan pedal sport dengan jahitan benang merah. Jika anda berada di dalam, pasti dapat merasai aura berada dalam sebuah jentera sport yang dipenuhi ledakan kuasa. Mudah kata, ia tampak ringkas, menarik dan elegan.

Aspek keselamatan, kedua-duanya dilengkapi tujuh beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Pemula Pendakian (HSA) dan ISOFIX.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans, Subaru WRX dijual pada harga RM229,800 dan RM269,800 bagi WRX STI. Pengguna ditawarkan tujuh pilihan warna menarik; Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Galaxy Blue Silica, WR Blue Pearl, Lightning Red, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kejohanan Rali Dunia, Motor Image Malaysia, Subaru WRX, Subaru WRX STI, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my