Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Proton Suprima S Standard – Harga Serendah RM69,438
Roda4

PREVIU: Proton Suprima S Standard – Harga Serendah RM69,438

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/12/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton 04PROTON Suprima S secara rasminya diperkenalkan pada 16 Ogos 2013. Hadir dalam dua varian iaitu Executive dan Premium pada masa itu, Proton Suprima S dijual pada harga serendah RM76,410 hingga RM79,651 seunit.

Tidak lama kemudian, Proton tambah lagi varian Super Premium yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan termasuk kehadiran kit badan R3.

Memahami kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan sebuah model hatchback lebih mampu milik, Proton kini menambah lagi ahli keluarga baharu Suprima S menerusi pengenalan varian Standard. Proton Suprima S Standard dijual pada harga RM69,438.

proton 05Menerusi pelancaran model hatchback segmen C itu, ia melengkapkan lagi rangkaian Proton Suprima S sedia ada yang terdiri daripada Standard, Executive, Premium dan Super Premium.

Yang pasti, pengenalan varian paling mampu milik ini semestinya ‘memaksa’ Proton menggugurkan beberapa ciri berbanding yang lain. Maklumlah, kalau harga dah murah, pasti ada kekurangan, betul tak?

PENGURANGAN

Mengulas rupa luaran, ia masih tampak sama dengan kehadiran gril depan mengadaptasi rekaan sarang lebah (honeycomb), manakala kekisi ventilator ambilan udara di bampar direka semula untuk mendapatkan lebih suapan udara luar untuk turbin. Walau bagaimana, ada beberapa bahagian yang tiada pada varian Standard.

proton 30proton 14    proton 09proton 31Antara ‘barang-barang’ digugurkan pada varian Standard adalah ketiadaan lampu LED nyalaan siang dan lampu kabus. Selain itu, Suprima S Standard dilengkapi dengan tempat duduk fabrik, rim aloi 16 inci, sistem audio 2-din dengan pemain CD dan MP3 serta sambungan USB.

proton 21proton 20_1    proton 19

proton 18    proton 15Aspek keselamatan pula, ia hanya hadir bersama dua beg udara. Bantuan brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Traksi (TC) turut digugurkan.

ENJIN KEKAL

Walaupun menerima pengurangan ciri dan teknologi, aspek prestasi masih dikekalkan. Suprima S Standard dijana unit enjin Campro Turbo bersesaran 1.6L yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 138hp pada 5,000rpm dan tork 205Nm (2000-4,000rpm).

proton 23Hasil bantuan kotak gear transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) Protonic 7-kelajuan, catatan kuasa dihasilkan adalah menyamai sebuah jentera berkapasiti 2.0L.

Suprima S Standard hadir dalam lima pilihan warna menarik; Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Fire Redwarna.

Dengan yuran tempahan RM300, setiap pembelian Suprima S Standard didatangkan dengan jaminan lima tahun atau had perbatuan 150,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

CVT Protonic Proton Suprima S Executive Proton Suprima S Premium Proton Suprima S Standard Proton Suprima S Standard Dilancarkan Proton Suprima S Standard mampu milik Proton Suprima S Super Premium Suprima S Standard variah baharu Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.