Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Lexus NX Penuh Teknologi Terkini
Auto Terkini

PREVIU: Lexus NX Penuh Teknologi Terkini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/01/2015
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1270164LEXUS NX mula di bangunkan pada 2009 dengan melibatkan lebih 2,000 jurutera. Bagi memastikan ia benar-benar bersedia sebelum ia dilancarkan pada pertengahan 2014 lalu di pasaran global, NX sudah menjalani ujian sejauh 1juta kilometer (KM).

Pandulaju.com berkesempatan bertanya kepada Ketua Jurutera Lexus NX, Takeaki Kato, mengapa ambil masa lima tahun untuk menyiapkan model ini.

Takeaki menjelaskan pihaknya perlu memastikan Lexus NX menjadi sebuah model Crossover kompak mewah berinovasi tinggi yang membawa elemen sporty mewah selain memaparkan pelbagai ciri baharu dan juga menjadi pertama dalam pasaran automotif serta Lexus sendiri.

P1270188Lexus Malaysia turut tidak ketinggalan apabila memperkenalkan lima varian Lexus NX yang penuh sarat dengan teknologi terkini.

HARGA (atas jalan termasuk insurans):

  • NX 200t – RM299,837.80
  • NX 200t Premium – RM331,679.80
  • NX 200t Luxury – RM352,199.80
  • NX 200t F SPORT – RM378,875.80
  • NX 300 Hybrid – RM385,063.50

P1260635PRESTASI:

Lexus NX ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 2.0L Twin-Scroll Turbocharged dan Atkinson Cycle Hybrid 2.5L.

Penggunaan enjin 2.0L Twin-Scroll Turbocharged mampu menghamburkan kuasa 235hp pada 4,800 hingga 6,500 rpm dengan tork puncak 350Nm (1,650-4,000rpm). Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Manakala enjin Hibrid 2.5L pula menawarkan kuasa sebanyak 197hp dan tork 270Nm.Pecutan dari sifar ke 100kmj hanya mengambil masa sepantas 7.1 saat bagi enjin 2.0L dan 9.2 saat untuk 2.5L hybrid.

PESAING:

  • BMW X3
  • Audi Q3
  • Range Rover Evoque

APA YANG BAHARU:

Terdapat banyak ciri dan teknologi baharu yang disaratkan pada barisan NX baharu ini. Antaranya penggunaan enjin 2.0L Twin-Scroll Turbocharged, kerusi belakang boleh ubah dan dilipat secara elektronik yang juga pertama di Lexus.

P1260700Lebih menarik, kesemua varian NX turut hadir dengan pengecas telefon tanpa wayar yang boleh di dapati pada bahagian tengah konsol gear. Namun, hanya sesetengah jenama telefon pintar saja boleh digunakan seperti LG.

P1270169LUARAN:

Lexus NX serba baharu disasarkan bagi mereka yang masih bujang atau pasangan muda yang berusia antara 30 hingga pertengahan 40-an dengan mengutamakan gaya dan prestasi pemanduan.

Dari luaran, ia hadir dengan jeriji spindle yang ikonik dan lampu depan berbentuk tiga L jenis LED. Keseluruhan rekabentuk melahirkan gambaran dinamik yang agresif tanpa mengenepikan kemewahan.

P1270192    P1270195

P1270216    P1270193P1270215Lampu depan juga unik dengan menggunakan enam kecerahan tinggi baharu LED untuk menawarkan pencahayaan optimum dan tiga lampu pada bentuk L untuk sinaran rendah.

Lebih menarik, sejumlah 78 LED (pada kedua-dua belah) digunakan bagi Lampu Siang (Daytime Running Lamps) dan ini mencetuskan kilauan umpama kristal menerusi lensa dalaman yang tebal.

DALAMAN:

Memasuki ruang dalaman, kemewahan jenama Lexus nyata terserlah dan penuh dengan pelbagai teknologi terkini. Papan pemuka tampak ringkas dan padat selain dipadankan dengan sistem audio bersaiz 7-inci yang didatangkan bersama ciri Remote Touch Controller.

P1260615P1260694    P1260695

P1260645    P1260620Menyentuh asperk audio, ia adalah berbeza mengikut varian. Bagi varian F SPORT dan Hybrid, ia didatangkan dengan sistem audio Mark Levinson bersama 14 unit pembesar suara. Manakala selebihnya hanya hadir dengan lapan pembesar suara dan 10 bagi varian Luxiry.

Di sebalik saiznya, ruang dalaman NX mampu memuatkan lima orang dewasa dan boleh menempatkan tiga beg golf atau beg bersaiz besar tanpa sebarang masalah.

KESELAMATAN:

Aspek keselamatan, Lexus NX serba baharu mendapar pengiktirafan 5-bintang dalam ujian rempuhan EURO NCAP. Antara ciri keselamatan pada NX adalah lapan beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Traksi (TRC), kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), Blid Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

P1270184Sementara itu, Lexus Malaysia sudah menerima lebih daripada 600 unit tempahan NX sejak ia dibuka pada Oktober 2014 di mana varian F Sport menjadi antara paling popular.. Dengan sasaran 2,000 unit setahun,  Lexus yakin ia mampu menguasai 50 peratus pasaran bagi model SUV kompak paling laris di Malaysia.

P1260710  P1260706  P1260698  P1260687

P1260643  P1260642  P1260612  P1260620

P1260624  P1270221  P1270201  P1270197

 

Ketua Jurutera Lexus NX Lexus NX 200t Lexus NX 200t F SPORT Lexus NX 200t Luxury Lexus NX 200t Premium Lexus NX 300 Hybrid Lexus NX baharu Lexus NX Test Drive Review Pandu Uji Lexus NX Takeaki Kato
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.