Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Isuzu D-Max ARTIC (2014)
Roda4

PREVIU: Isuzu D-Max ARTIC (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/09/20141 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220807PELANCARAN Isuzu D-Max ARTIC pastinya mampu memikat hati penggemar sukan permotoran lasak 4X4 di negara ini. Model edisi terhad dari pengeluar terkemuka pikap di negara ini menampilkan pelbagai ciri tambahan yang telah dinaik taraf.

Hanya dikeluarkan sebanyak 510 unit, ARTIC ditawarkan dengan pilihan enjin bersesaran 2.5L dan 3.0L. Pikap ini membawakan gaya urban, mewah dan tersendiri bersama sentuhan sofistikated mewah sekaligus  mampu diangkat sebagai trak sempurna di pasaran tempatan.

Menjadi antara trak pikap pertama yang hadir dengan lampu pencahayaan siang LED (Day Running Light, DRL), ia jelas membuktikan ARTIC mempunyai penampilan dan sentuhan tersendiri, sama seperti model SUV moden sedia ada.

” Kami cuba memberikan pelanggan sebuah kenderaan yang dapat membezakan dirinya menerusi gabungan ciri-ciri premium dan bergaya.

” Dengan Isuzu D-Max ARTIC, saya percaya pelanggan yang mahu menikmati keseronokan pemanduan sebenar dan kemewahan mampu diperolehi pada model edisi terhad,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

P1220756P1220750    P1220763P1220759Berbanding trak D-Max sedia ada, keseluruhan badan ARTIC dicat dengan warna putih mutiara yang digabungkan bersama kemasan krom pada bahagian luaran. Selari dengan rupa bentuknya yang tersendiri, pelekat-pelekat ARTIC eksklusif dilekatkan pada bahagian belakang bagi membezakan dirinya dengan yang lain.

Sebagai sebuah kenderaan yang sudah dikenali ramai, ARTIC dipasangkan dengan V-Lid bersama kemasan berwarna perak. Penutup kargo pula boleh dikunci bagi memastikan barangan berharga dapat disimpan dengan lebih selamat.

Pemijak sisi menggunakan material aluminium yang disadurkan dengan warna perak. Lebih tampak bergaya, ARTIC dipadankan dengan rim aloi multi jejari Hyper-Silver bersaiz 17 inci.

P1220777P1220780    P1220753P1220794Menerjah ke ruangan kabin, kehadiran ambiean dan kerusi dibaluti kulit tulen Itali mampu membuatkan anda sama seperti berada di kenderaan mewah. Selari dengan D-Max Standard, tempat duduk direka untuk menawarkan tahap keselamatan paling tinggi, termasuklah perlindungan ‘whiplash’ sekiranya kenderaan dilanggar dari arah belakang.

Justeru, tidak hairanlah D-Max menerima anugerah tertinggi pada ASEAN NCAP Grand Prix kerana mampu menawarkan aspek keselamatan terbaik untuk kanak-kanak dalam kategori trak pikap.

Selain itu, ruang dalaman ARTIC turut diserlahkan menerusi kemasan kayu pada pemegang pintu, fascia fan konsol tengah. Sementara karpet eksklusif dengan kemasan berwarna coklat menyerlahkan lagi sebagai sebuah trak pikap mewah. Bagi ruangan hiburan, ia hadir dengan pemain audin 2–DIN lengkap dengan kamera undur.

Harga Isuzu D-MAX ARTIC adalah seperti berikut: Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM106,689 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM109,189 (V-Lid) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM113,459 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM115,959 (V-Lid) (atas jalan termasuk insurans).

459 ASEAN NCAP Grand Prix Daisuke Ishida Isuzu D--Max Artic 510 unit Isuzu D-Max Isuzu D-Max Artic Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM113 Isuzu D-Max Edisi Terhad Isuzu Malaysia www.isuzu.net.my
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Setia Uliek on 14/03/2022 16:10

      Enjin Dmax Artic 3.0 saya tiba tiba jem dan sekarang masih tersadai di workshop. Ada juga perasaan menyesal beli kereta ini. Kalau nak repair mesti overhaul. Sparepart boleh tahan mahal. Kalau tak ada budget 10k, baik jual saja kereta ini sebagai besi scrap

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.