Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Ford Ranger Baharu Lebih Mantap
Auto Terkini

PREVIU: Ford Ranger Baharu Lebih Mantap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

New Ford Ranger 1FORD secara rasminya memperkenalkan Ford Ranger baharu yang hadir dengan penampilan lasak dan pintar, sekali gus menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap.

Dengan menggabungkan kualiti buatan mantap dan teknologi terkini, trak pikap yang membuat kemunculan global di Bangkok Motor Show itu bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

LUARAN – Mantap

Ranger baharu dibina berdasarkan kepada reptuasinya dari segi kemampuan, inovasi dan keselesaan.  Penampilan yang lebih moden dan berani memberikan Ranger kelihatan begitu berkuasa di atas jalan raya, seterusnya menyerlahkan keupayaannya.

Rekaan hud yang lebih maskular bergabung dengan gril berbentuk trapezoidal membuatkan ia tampak lebih mantap. Manakala lampu utama jenis projektor membolehkan trak pikap ini dapat dikenali secara serta-merta menerusi rupanya yang garang dan teknikal.

New Ford Ranger 2KEKAL LASAK

Ford Ranger kekal menjadi salah sebuah trak yang paling lasak dalam kelasnya. Dengan kemampuan mengharung air sehingga 800mm yang juga terbaik dalam kelasnya, ia direka dan dibina untuk menempuh kebanyakan laluan paling ekstrem dengan mudah.

Lebih memudahkan pemandu, Ranger varian 4×4 boleh menukar daripada pacuan 4×2 kepada 4×4 ketika kenderaan masih bergerak dengan hanya memutar satu tombol pada konsol tengah.

Untuk mendapatkan kuasa tork pada kelajuan rendah atau brek tambahan ketika menuruni bukit, pemandu boleh menggunakan gear 4×4 jarak pendek. Manakala ciri differential lock elektronik pada roda belakang membantu meningkatkan cengkaman apabila berdepan situasi sukar. Kekuatan di laluan off-road ini dipadankan dengan keupayaan menunda sehingga 3,500kg serta kapasiti mengangkut beban yang luar biasa.

New Ford Ranger 3TEKNOLOGI TERMAJU

Ranger baharu dilengkapi dengan rangkaian teknologi terkini untuk membantu pemandu kekal terhubung dan sentiasa berada dalam kawalan.

Ciri-ciri termaju ditawarkan dalam rangkaian model Ranger termasuklah sistem ketersambungan SYNC 2, Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Driver Impairment Monitor serta Alat Pengesan Parkir Depan dan Belakang.

New Ford Ranger 4KUASA EFISIEN

Ranger baharu dijana unit enjin diesel 2.2L Duratorq 4-silinder TDCi generasi terkini Ford. Dengan pilihan kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kausa sehingga 158hp dan tork puncak 385Nm.

Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna terutamanya yang mahukan trak pikap lebih berkuasa, Ford turut menawarkan enjin diesel generasi terkini 3.2L Duratorq 5-silinder TDCi.

Antara penambahbaikan yang diterima oleh enjin ini adalah sistem kitaran semula gas ekzos. Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus, pada masa yang sama mampu menjana kuasa mencecah 198hp dan tork setinggi 470Nm.

Selain itu, sistem suspensi turut ditala untuk menambah baik aspek keselesaan dan pengendalian. Ia menunaikan janji Ford untuk menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan kualiti buatan lebih baik

Mari kita sama-sama nantikan kemunculan Ranger baharu ini tiba di pasaran tempatan dan berharap harganya juga tidaklah terlalu mahal.

Bangkok motor Show Ford Ford Malaysia Ford Ranger Baharu Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.